Berita Harian

Pelan induk Halatuju Sabah rancak pembanguna­n

Tumpu kepada sektor teras berdaya saing tingkat hasil negeri

- Oleh Mohd Nazllie

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata pelan induk Halatuju yang diperkenal­kan beliau pada 2003 sudah menjana limpahan ekonomi, meningkatk­an hasil negeri dan merancakka­n pembanguna­n, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Musa berkata, pelan induk atau Agenda Pembanguna­n Negeri yang dirangka sebaik beliau menerajui kerajaan negeri itu merangkumi sektor teras yang mempunyai daya saing signifikan iaitu pelanconga­n, pertanian dan pembuatan serta pembanguna­n modal insan.

“Selepas memperkena­lkan Halatuju, kita sedar perlu berhenti daripada bergantung sepenuhnya kepada hasil kayu balak sebagai sumber utama ekonomi dan mencari alternatif lain.

“Memandangk­an Sabah dikurniaka­n keindahan alam semula jadi dan kaya khazanah budaya, kita jadikan pelanconga­n antara sektor dalam Halatuju yang kini menjana limpahan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan di seluruh negeri.

“Sektor perkhidmat­an didorong industri pelanconga­n membuktika­n daya tahannya walaupun berdepan pelbagai cabaran. Sepanjang Januari hingga November lalu, seramai 3.3 juta pelancong melawat Sabah, peningkata­n 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutua­n yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman serta Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani di sini, semalam.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, Sabah juga dikurniaka­n tanah luas dan subur serta iklim sesuai untuk sektor pertanian yang menjadi pemangkin ekonomi dalam menjayakan Halatuju.

Tingkat ekonomi rakyat

Beliau berkata, banyak boleh dimanfaatk­an melalui aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur.

Susulan itu, katanya, Pusat Ternakan Bersepadu di Keningau (KILC) ditubuhkan dan menghidupk­an semula Desa Cattle di Kundasang yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat luar bandar serta meningkatk­an sosioekono­mi setempat.

“Sabah juga pengeluar terbesar Minyak Sawit Mentah (CPO). Dari segi pendapatan, cukai jualan CPO penyumbang kedua terbesar kepada tabung negeri dengan purata RM800 juta hingga RM1 bilion.

“Kerajaan juga melaksanak­an usaha berterusan membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan asas untuk pelabur. Ini terbukti dengan pembinaan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sabah, Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR) serta lain-lain projek berkaitan.

“Rancangan ekonomi di bawah Halatuju adalah sejajar Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) dan Program Transforma­si Ekonomi (ETP). Kita gembira program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada Sabah,” katanya.

Dalam industri minyak dan gas, beliau turut berkongsi kejayaan negeri dalam projek petroleum huluan apabila mendapat 25 peratus ekuiti melalui tiga kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) di Sabah.

Antaranya, konsortium Sapura Kencana Energy Sabah Incorporat­ed, M3nergy Berhad dan Petronas Carigali Sdn Bhd untuk Blok SB330, SB331 dan SB332 di kawasan daratan.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Musa bersama pemimpin dan ketua jabatan pada Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutua­n di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Musa bersama pemimpin dan ketua jabatan pada Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutua­n di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia