Berita Harian

Kuda ‘pekan koboi’ Siniawan

-

Kuching: Wakil rakyat kawasan Bau dicadang membekalka­n kuda untuk dipelihara penduduk pekan Siniawan di sini sesuai dengan ‘pekan koboi’ sebagai daya tarikan baharu pengunjung pekan kecil itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata cadangan menempatka­n kuda itu hadir selepas beliau melawat ke pekan warisan berkenaan, yang terletak tidak jauh dari pinggir bandar raya Kuching, baru-baru ini.

“Kita mahu pengunjung terutamany­a pelancong asing yang datang ke bandar raya Kuching dibawa ke Siniawan.

“Jadi, saya berbincang dengan beberapa wakil rakyat di kawasan Bau mengenai daya tarikan tambahan yang perlu ada di pekan lama itu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 3, merangkumi Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.

Pekan Siniawan sebelum ini digelar sebagai ‘pekan koboi’ kerana suasananya yang suram dengan deretan bangunan usang yang dibina pada zaman pemerintah­an Brooke.

Keadaan pekan itu kini berubah sejak kerajaan negeri membangunk­an semula dan menjadikan­nya sebagai destinasi pelanconga­n baharu Sarawak.

Pakaian ala koboi

Berikutan itu, ramai peminat muzik country dan penggemar pakaian ala koboi menjadikan pekan itu sebagai tumpuan mereka untuk berkumpul setiap minggu bagi mengembali­kan nostalgia ‘pekan koboi’ Siniawan.

“Kita perlu letakkan kuda di pekan ini, sesuai dengan namanya sebagai pekan koboi. Ia tentunya bersesuaia­n dengan irama muzik yang dimainkan serta pakaian ala koboi yang dipakai ramai pengujung ke pekan itu,” katanya.

 ?? [FOTO SANDRA ALBERTZ/BH] ?? Kuda yang dipinjam dari tempat lain bagi menambah tarikan pekan Siniawan yang dikunjungi ramai peminat muzik country dengan berpakaian ala koboi ketika Pesta Warisan Siniawan tahun lalu.
[FOTO SANDRA ALBERTZ/BH] Kuda yang dipinjam dari tempat lain bagi menambah tarikan pekan Siniawan yang dikunjungi ramai peminat muzik country dengan berpakaian ala koboi ketika Pesta Warisan Siniawan tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia