Berita Harian

Sarawak kuasa petroleum

Miliki kepentinga­n dalam 4 aset di Kompleks LNG Bintulu

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Sarawak diyakini terus menjadi penggiat utama industri petroleum negara melalui pemilikan 10 peratus ekuiti dalam PETRONAS LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB) yang terbabit dalam pengeluara­n gas asli cecair (LNG) di Bintulu.

Melalui perolehan terbaru itu, kerajaan Sarawak keseluruha­nnya kini memiliki kepentinga­n dalam keempat-empat aset di Kompleks LNG Bintulu, yang juga pusat pengeluara­n utama LNG negara.

Kerajaan Sarawak sebelum ini sudah memiliki kepentinga­n lima peratus dalam MLNG Satu Sdn Bhd dan masing-masing 10 peratus ekuiti dalam MLNG Dua Sdn Bhd dan MLNG Tiga Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pencapaian terbaru itu sebahagian daripada kejayaan rundingan di antara kerajaan negeri dan PETRONAS.

Ia juga, katanya, sebahagian inisiatif memastikan Sarawak berperanan secara aktif dalam industri minyak negara, termasuk dalam sektor huluan dan hiliran, sekali gus meletakkan prestasi ekonomi negeri terus pada landasan kukuh.

Program kerjasama

“Ini sebahagian daripada program kerjasama kita dengan PETRONAS, seperti yang dimahukan oleh bekas Ketua Menteri, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Kita berterima kasih kepada PETRONAS kerana sentiasa mengambil kira kepentinga­n Sarawak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam industri petroleum di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persetujua­n Pemilikan Ekuiti Dalam LNG 9 Bintulu di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Ia ditandatan­gani di antara Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mewakili Kerajaan Sarawak, manakala PETRONAS diwakili Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Ir M Firouz Asnan.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia