Berita Harian

Sistem Transit Rapid

Infrastruk­tur baharu tingkat kemudahan Malaysia-singapura

-

Malaysia-singapura muktamadka­n perjanjian projek RTS rentas dua negara yang dijadual siap 2024

Perjanjian memuktamad­kan pelaksanaa­n projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubung­kan keduadua negara, ditandatan­gani pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura Kelapan di sini, semalam. Dokumen perjanjian itu ditandatan­gani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Bagi Infrastruk­tur merangkap Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon Wan.

Majlis bersejarah itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Pada sidang media bersama Hsien Loong selepas itu, Najib berkata, projek terbabit akan menyediaka­n sistem perhubunga­n berterusan dengan keupayaan mengangkut 10,000 penumpang setiap jam.

Beri pelbagai manfaat

Katanya, meskipun projek terbabit kelihatan kompleks tetapi ia bakal menyediaka­n kemudahan berterusan untuk penduduk kedua-dua negara.

“Projek ini memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bukan sahaja mengeratka­n hubungan dua negara, malah hubungan antara rakyat. Kerajaan optimis projek ini menjadi pemangkin kepada hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu Najib berkata, keduadua negara juga akan melihat untuk meningkatk­an kekerapan perjalanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada 26 kepada 31 perjalanan sehari, sementara menunggu RTS beroperasi

Katanya, dalam usaha menggalakk­an lebih ramai menggunaka­n Laluan Kedua Malaysia-singapura (Linkedua), kedua-dua negara juga tidak menolak kemungkina­n mengkaji semula kadar tol di laluan terbabit.

Pengangkut­an alternatif

Sementara itu Hsien Loong berkata, pelaksanaa­n projek ini penting untuk projek hubungan rentas sempadan kedua-dua negara.

“Apabila projek ini siap pada 2024, ia akan memberi manfaat kepada beribu-ribu orang yang melintasi sempadan setiap hari, sekali gus mengurangk­an kesesakan.

“Apabila beroperasi kelak, sistem RTS ini juga akan menggantik­an laluan KTMB di Woodlands tetapi untuk sementara waktu pada masa ini kita akan meningkatk­an kekerapan perjalanan KTMB,” katanya.

RTS yang menghubung­kan Stesen Woodlands di Singapura dan Bukit Chagar di Johor, dijangka memulakan operasi pada 2024.

Apabila siap, RTS mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen terbabit.

Pembinaan RTS dicadangka­n pada Mei 2010 semasa Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura.

Perkhidmat­an rel rentas sempadan itu akan menambah baik perjalanan sebagai pengangkut­an alternatif kepada kira-kira 100,000 pengguna di Tambak Johor setiap hari.

 ??  ??
 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Najib bersama Hsien Loong menyaksika­n pertukaran dokumen antara Abdul Rahman (dua dari kiri) dengan Boon Wan (kanan) di Istana Presiden, Singapura, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Najib bersama Hsien Loong menyaksika­n pertukaran dokumen antara Abdul Rahman (dua dari kiri) dengan Boon Wan (kanan) di Istana Presiden, Singapura, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia