Berita Harian

Siasatan polis, audit tetap diteruskan: PM

-

Datuk Seri Najib Razak beri jaminan audit forensik, siasatan polis isu pindah milik tanah FELDA tetap diteruskan walaupun agensi itu dapat semula tanah bernilai RM270 juta

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan audit forensik dan siasatan polis tetap diteruskan, walaupun FELDA memperoleh kembali tanahnya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasminya semalam, melahirkan rasa syukur kerana pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembali­kan tanah FELDA tanpa sebarang kos.

“Alhamdulil­lah, tanah Jalan Semarak FELDA dikembalik­an tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” katanya.

Pada sidang media kelmarin, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, yang mengumumka­n perkara itu turut menegaskan siasatan polis dan audit forensik yang sedang berjalan akan diteruskan.

Shahrir dilaporkan berkata, projek KLVC diteruskan pemaju dengan mengehadka­n power of attorney atau kuasa wakil penuh terhadap pembanguna­n dan status tanah terbabit.

Pindah milik tanpa kelulusan

Semua tanah yang terbabit dalam pindah milik tanpa pengetahua­n dan kelulusan FELDA sebelum ini, Perdana Menteri kembali kepada agensi itu berserta dokumen untuk melaksanak­an proses pindah milik.

16 geran tanah

Daripada 16 geran tanah terbabit, satu geran berada di Pesuruhjay­a Tanah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Pejabat Tanah Kuala Lumpur dan tiada kos yang terbabit dalam pindah milik itu.

Pada 4 Januari lalu, Perdana Menteri berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melantik sebuah firma luar untuk melaksanak­an audit forensik ke atas projek dibangunka­n SPSB di atas tanah milik FELDA itu.

Firma itu akan menjalanka­n audit forensik terhadap semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek serta menilai semula proses pengawalan berkaitan, termasuk kelemahan pentadbira­n dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC).

Siasatan firma audit yang bermula 8 Januari itu, turut membabitka­n Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Firma itu diberi tempoh 30 hari untuk menyiapkan audit forensik berkenaan sebelum laporan penuhnya dikemukaka­n kepada JPM.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia