Berita Harian

ISU BEG SEKOLAH BERAT TERUS BELENGGU MURID

Sekolah, kementeria­n perlu ambil langkah berani

- bhnews@bh.com.my

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar, Badrul Kamal Zakaria, Amir Hamzah Nordin, Nur Izzati Mohamad, Abnor Hamizam Abd Manap dan Nurul Amanina Suhaini

SSetiap kali bermula sesi baharu persekolah­an, isu beg sekolah berat yang terpaksa dibawa murid-murid, terutama mereka di Tahun 1, akan berbangkit.

Biarpun pelbagai kajian dan kaedah penyelesai­an dicadangka­n pelbagai pihak termasuk Kementeria­n Pendidikan sendiri, masalah yang berlarutan terlalu lama ini bagaikan tiada penyelesai­annya.

Justeru, ibu bapa murid-murid terbabit sekali lagi mendesak pihak sekolah dan kementeria­n mengambil langkah lebih berani dalam menyelesai­kan isu beg sekolah berat itu.

Bagi suri rumah, Zaiton Abdullah, 43, berkata dia tidak lagi sanggup melihat anaknya di Tahun Satu dan Tahun Lima terpaksa memikul beg sekolah seberat hampir 10 kilogram (kg) setiap hari sehingga memberi kesan kepada tulang belakang mereka.

“Masalah beg berat ini sudah lama diutarakan setiap kali mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan, di mana kami meminta pihak sekolah menyediaka­n almari atau rak supaya murid dapat menyimpan buku yang tidak digunakan di sekolah.

“Pada awalnya, inisiatif itu memberi kesan baik apabila murid dibenarkan menyimpan buku di almari atau rak khas, tetapi lama kelamaan keadaan kembali seperti asal kerana kebanyakan almari sekolah rosak,” katanya ketika ditemui di Tasek Gelugor hari ini.

Zaiton berkata, dia tidak menyalahka­n pihak sekolah, namun berharap ada langkah lebih berani boleh diambil antaranya memohon peruntukan kepada Kementeria­n Pendidikan supaya dapat dibeli kelengkapa­n almari atau rak baharu.

Pekerja swasta, Mohd Asyraf Yahaya, 34, berkata ibu bapa juga perlu membantu menyusun buku anak-anak mengikut jadual yang ditetapkan supaya mereka tidak membawa buku tidak sepatutnya.

Ikut jadual

“Kadang-kadang kita lihat masalah beg berat ini kerana anak-anak yang menyusun sendiri apa yang hendak dibawa mereka ke sekolah jadi ia menambah bebanan,” katanya.

Kakitangan awam, Zorawati Bidin, 34, pula berkata masalah beg sekolah berat boleh diatasi jika pihak sekolah menyediaka­n jadual pembelajar­an lebih sempurna serta penggunaan buku latihan dan buku kerja secara lebih terancang.

“Saya percaya, guru mungkin boleh bantu mengatasi isu ini dengan mengeluark­an jadual pembelajar­an harian lebih anjal dan mesra kanak-kanak,” katanya.

Pesara tentera, Zulkifli Abdul Wahab, 64, berharap kerajaan boleh memikirkan alternatif lain seperti menggantik­an penggunaan buku latihan dan kerja rumah dengan kertas memo bagi mengurangk­an berat beg sekolah.

“Penggunaan buku teks dan latihan kerja berlebihan menyebabka­n kanak-kanak terpaksa memikul beg seberat lebih 5kg iaitu hampir 10 peratus daripada berat purata mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Jamal Borhan, 45, berkata buku teks dan buku aktiviti bagi Kelas al-quran dan Fardu Ain (KAFA) yang perlu dibawa muridmurid adalah punca beg sekolah menjadi berat.

“Jika buku untuk kelas pagi sahaja, saya rasa mungkin tidak terlalu berat, namun apabila ditambah dengan sekurang-kurangnya enam buku teks dan aktiviti KAFA , keadaan menjadi sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan.

Pemandu bas, Wan Idham Wan Abu Bakar, 32, berkata anaknya Mohd Ikmal Izrafi, 7, terpaksa membawa dua beg setiap hari persekolah­an kerana waktu persekolah­an antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama terlalu hampir.

“Bayangkan sekolah kebangsaan (Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman 1) habis waktu jam 1 tengah hari, kemudian terpaksa bergegas ke sekolah agama (Sekolah Agama Dato Onn, Larkin) pada jam 2 petang, bukannya ada almari atau tempat penyimpana­n buku teks pun, beban pada murid itu,” katanya.

Kakitangan awam, Wan Mohd Nazri Abu Bakar 35, pula mencadangk­an pakaian sekolah kebangsaan dan agama diseragamk­an bagi mengurangk­an beban.

“Ini tak, sekolah kebangsaan perlu pakai kasut hitam, sekolah agama pula kasut putih, baju pun macammacam ikut hari. Dalam beg, bukan cuma ada macam-macam buku, baju dan kasut pun ada,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata Kementeria­n Pendidikan boleh mencadangk­an pihak sekolah menyediaka­n rak atau almari di setiap kelas untuk menyimpan buku kerja dan buku latihan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia