Berita Harian

ISU SIAPA PM: PAS TAK MAHU TERPERANGK­AP ‘PERMAINAN’ DR MAHATHIR

-

Kota Bharu: PAS menyifatka­n Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana sudah melepasi usia 90 tahun, sebaliknya perlu memberi peluang kepada generasi muda untuk menjadi pemimpin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata trend pengundi ketika ini memerlukan pemimpin lebih muda, sihat, bertenaga, berketeram­pilan dan memenuhi cita rasa rakyat yang majoritiny­a golongan muda.

Justeru, beliau berpendapa­t, atas dasar simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir perlu berehat kerana sudah tidak bertenaga memimpin negara.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri yang meletak jawatan atau bersara, kemudianny­a kembali bertanding.

“Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) sudah melepasi waktu dan zaman. Malaysia ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk menjadi Perdana Menteri dan mempunyai wawasan yang lebih panjang...jangan jadi Perdana Menteri dua tiga tahun, selepas itu sudah tidak mampu.

Sokongan tiga parti

“Apapun, saya hairan dengan amalan pakatan pembangkan­g kerana sebelum ini untuk membuat sebarang keputusan memerlukan persetujua­n semua, namun pada kali ini difahamkan bahawa pemilihan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri atas dasar majoriti iaitu disokong tiga parti dan dibangkang satu parti (PKR),” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang akan bertanding dalam PRU-14 membabitka­n satu daripada tiga kerusi Parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Ditanya mengenai desakan untuk menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali, Takiyuddin berkata, PAS tetap dengan pendirian menggesa kerajaan menubuhkan badan bebas itu dengan segera bagi menuntut keadilan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, lebih 100 saksi di kalangan polis, orang awam dan kemungkina­n wartawan dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap tragedi yang meragut 18 nyawa, jika RCI ditubuhkan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri yang meletak jawatan atau bersara, kemudianny­a kembali bertanding” Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia