Berita Harian

‘SAYA SAYANG DIANA, RINDU ANAK-ANAK’: FARID KAMIL

Keluarga mahu bawa Farid jumpa pakar

- Oleh Hanisah Selamat dan Farhana Abdul Rahman

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, tidak mampu menyembuny­ikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle, di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, di sini, semalam.

Katanya, beliau memang mengharapk­an Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi getir itu.

“Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

“Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,“katanya ketika dibawa masuk ke bilik reman, di sini.

Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan.

Diana bagaimanap­un ketika ditemui enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes itu.

“Maaf. Saya tak boleh bagi kenyataan. Terima kasih sebab sudi datang,” jawabnya ringkas apabila diasak media.

Sebelum itu, Diana yang berpeluang mendekati suaminya dilihat menyelak rambut Farid untuk melihat kesan luka di dahinya.

Begitupun, kedua-duanya tidak kedengaran bercakap, sebaliknya hanya memandang satu sama lain.

Puisi pendek

Sehari sebelum itu, Diana menerusi laman sosial peribadiny­a meluahkan perasaan kasih serta sokongan tidak berbelah bagi terhadap suaminya.

Turut berkongsi sebuah puisi pendek nukilan seorang pemuisi dari Florida, Amerika Syarikat, Christophe­r Poindexter, Diana berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling, sebaliknya yakin lelaki yang dikahwinin­ya itu sentiasa merasakan kehadirann­ya di sisi setiap masa.

“Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) ‘nampak’ saya dan tahu saya ada di sana.

“Dia dapat merasakan tangan saya menggengga­m tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya,” tulisnya di Instagram.

Diana dilihat meninggalk­an kompleks mahkamah sebaik selesai prosiding pada tengah hari, yang menyaksika­n suaminya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Farid yang ditemui selepas prosiding, mengucapka­n rasa syukur apabila dibebaskan dan beranggapa­n, kontrovers­i yang menimpanya adalah ujian getir yang memberi warna dalam kehidupann­ya.

“Alhamdulil­lah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-nya untuk saya,” katanya.

Beliau turut menyatakan ingin bertemu anaknya Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, apabila ditanya perkara pertama yang ingin dilakukan sebaik dibebaskan.

Sementara itu, adik Farid, Fadzil Zahari, berkata Farid akan dibawa berjumpa pakar bagi memeriksa keadaan kesihatan fizal dan mentalnya.

Beliau yang membayar ikat jamin abangnya juga berharap tiada pihak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaska­n siasatan kes itu.

Farid dibawa pulang menaiki kenderaan keluargany­a kirakira jam 3 petang selepas ikat jamin dibayar.

Alhamdulil­lah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya. Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-nya untuk saya” Farid Kamil

 ??  ??
 ??  ?? Keadaan kelas dan kuarters SK Long Jegan (Baram) yang ditenggela­mi air. Farid dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis di Kompleks Mahkamah Petaling, semalam.
Keadaan kelas dan kuarters SK Long Jegan (Baram) yang ditenggela­mi air. Farid dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis di Kompleks Mahkamah Petaling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia