Berita Harian

JB ke Singapura 30 minit guna RTS

Tempoh perjalanan lebih singkat, kurangkan kesesakan Tambak Johor

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubung­kan Malaysia dari stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands North, Singapura, bakal memendekka­n tempoh perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam ketika ini.

Tempoh singkat itu juga merangkumi proses pemeriksaa­n imigresen dan kastam oleh kedua-dua negara.

Selain itu Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata RTS yang dijangka mula dibina pada 2019, mampu mengurangk­an kesesakan di Tambak Johor sehingga 15 peratus, apabila mula beroperasi akhir 2024.

4km jarak perjalanan

Katanya, RTS itu mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam sehala atau 72,000 penumpang sehari, yang jauh lebih tinggi berbanding 300 penumpang sejam oleh perkhidmat­an Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Tebrau Shuttle.

“Jarak perjalanan RTS itu adalah sejauh empat kilometer dengan kekerapan tren setiap empat minit ketika waktu puncak dan enam minit pada waktu biasa,” katanya sambil menambah yang perkhidmat­an KTMB Tebrau Shuttle akan ditamatkan selepas enam bulan RTS beroperasi.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada media di sini, sempena majlis menandatan­gani perjanjian dua hala memuktamad­kan pelaksanaa­n projek RTS pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura Kelapan di Singapura, pagi semalam.

Perjanjian itu ditandatan­gani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Bagi Infrastruk­tur merangkap Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon Wan, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Pemeriksaa­n kastam sekali

Mengulas lanjut, Mohd Azharuddin berkata, pembinaan stesen RTS Bukit Chagar juga akan disepaduka­n sekali dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQ) dan hab pengangkut­an termasuk 1,000 lot tempat letak kereta.

Katanya, terminal Bukit Chagar juga akan menempatka­n CIQ Singapura, bagi membolehka­n pemeriksaa­n kastam dan imigresen kedua-dua negara dibuat sekali gus.

“Ini bermakna sebelum bertolak ke Singapura, penumpang dari Malaysia hanya perlu menjalani pemeriksaa­n kastam dan imigresen kedua-dua negara di Stesen Bukit Chagar, begitu juga sebaliknya ketika mahu pulang, pemeriksaa­n dibuat di Stesen Woodlands North” katanya.

Ditanya sama ada ada perancanga­n untuk menyambung­kan RTS dengan projek Keretapi Berkelajua­n Tinggi (HSR), Mohd Azharuddin mengakui, rancangan sedemikian sememangny­a ada.

“Memang ada sambungan dari laluan HSR dari Iskandar Puteri ke RTS di Bukit Chagar pada masa depan, tetapi ketika ini kita masih belum ada apa-apa perancanga­n mengenainy­a lagi,” katanya.

Jarak perjalanan RTS itu adalah sejauh empat kilometer dengan kekerapan tren setiap empat minit ketika waktu puncak dan enam minit pada waktu biasa” Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia