Berita Harian

Pemilihan kontrak HSR dijamin telus, adil, terbuka

Penilaian dibuat secara menyeluruh, ambil kira elemen tempatan demi manfaat dua negara

- Daripada Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

Malaysia dan Singapura menegaskan, pemilihan kontrak projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-singapura, akan dibuat dengan adil, terbuka dan telus, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri memberi jaminan itu ketika sidang media bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, selepas Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura Kelapan, di sini, semalam.

Najib berkata, penilaian akan dibuat menyeluruh dan teknikal dengan mengambil kira pelbagai isu, termasuk penyelengg­araan dan elemen tempatan.

“Selain itu, penilaian daripada segi kos dan teknikal, kita juga akan membuat penilaian daripada aspek elemen tempatan yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya

Syarikat antarabang­sa turut tunjuk minat

Sementara itu Hsien Loong berkata, HSR menunjukka­n perkembang­an menggalakk­an dan menerima minat syarikat antarabang­sa.

Katanya, penilaian projek juga mengambil kira kewangan, rekod dan keyakinan sesebuah syarikat.

“Apa yang penting, prosedur akan dibuat secara adil, terbuka dan telus,” katanya.

Awal bulan ini Jepun mengumumka­n membuat tawaran besar-besaran untuk mendapatka­n kontrak HSR, yang menjadi projek infrastruk­tur terbesar di Asia Tenggara.

Jepun dikatakan menawarkan pakej menyeluruh, dengan teknologi terbaik HSR berasaskan sistem kereta api laju terkemuka di dunia, Shinkansen, selain pemindahan teknologi menyeluruh dan pembanguna­n vendor tempatan untuk memberi manfaat kepada syarikat Malaysia dan Singapura.

Pembida lain projek itu dikatakan dari China, Korea dan Perancis.

HSR sepanjang 350 kilometer yang dijangka beroperasi pada 2026 bermatlama­t mengurangk­an masa perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit, sekali gus merangsang ekonomi di beberapa kawasan sepanjang laluan perkhidmat­an itu.

Pada Disember lalu, MYHSR Corp Malaysia dan HSR Private Ltd Singapura, mengumumka­n mereka akan mula menerima tawaran untuk ‘syarikat aset kereta api’ yang akan bertanggun­gjawab untuk mereka bentuk, membina, membiayai, mengendali­kan dan mengurus semua aset kereta api.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia