Berita Harian

PAS tak layan cabaran Tun M

Isu namakan calon PM tak sebesar masalah dihadapi rakyat

- Oleh Nazura Ngah

PAS tidak akan melayan cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan calon Perdana Menteri, yang disifatkan parti itu sebagai cubaan untuk lari daripada kemelut dalaman gabungan pakatan pembangkan­g.

Sehubungan itu, Timbalan Presidenny­a, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS tidak akan terperangk­ap dengan tindakan terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga pengerusi gabungan pakatan pembangkan­g diterajui DAP itu.

Rakyat kecewa

Beliau berkata, rakyat kecewa dengan tindakan gabungan pakatan pembangkan­g mengutamak­an isu siapa layak mengisi jawatan nombor satu negara.

“Saya merujuk kenyataan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini kerana isu ini bukan perkara baharu dalam sejarah. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada kabilah Bani Amir dan mereka bertanya kepada Baginda, jika menang, siapa yang akan menjadi ketua.

“Maka Baginda menjawab, kekuasaan milik Allah, Allah akan bagi kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Maknanya jawapan yang diberikan Nabi Muhammad SAW adalah jawapan yang lari daripada polemik berebut jawatan,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden gabungan pakatan pembangkan­g semalam, yang mencabar PAS menamakan calon Perdana Menteri pilihan mereka terlebih dulu, sebelum memperleke­hkan pilihan pakatan itu.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, ketika ini pengundi sukar membuat pilihan kerana PAS enggan menyatakan pendiriann­ya.

Tuan Ibrahim berkata, Abdul Hadi juga tidak berhasrat untuk menjadi pemimpin atau ketua, malah apabila PAS memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, parti itu menamakan calon daripada PKR iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan teknokrat

Beliau berkata, PAS hanya menegaskan pentadbira­n kerajaan perlu berpanduka­n kepada kerajaan teknokrat iaitu bukan hanya ahli politik saja yang bertanggun­gjawab membangunk­an atau menentukan hala tuju negara, sebaliknya dipikul bersama dengan tokoh korporat, pakar ekonomi dan individu.

Mengulas lanjut, katanya, berbanding menumpukan isu siapa calon Perdana Menteri, gabungan pakatan pembangkan­g sepatutnya menyelesai­kan kemelut dalaman pakatan itu yang terperangk­ap dengan pelbagai polemik.

“Isu besar dihadapi mereka ialah soal jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, keduanya isu pembahagia­n kerusi yang dilihat didominasi pihak tertentu dan ketiga perjuangan reformasi oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan apa yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia