Berita Harian

Kerabat diraja tuntut siasat Mahfuz

-

Kuantan: Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) bersama tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kerana didakwa memperleke­hkan dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

Ahli Jawatankua­sa BKKP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata pihaknya kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan Mahfuz itu dan mendesak tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit.

“Sebagai badan mewakili kerabat Pahang, sudah pasti kenyataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada seorang ahli politik yang berpengala­man.

“Saya juga membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap individu yang menyebarka­n video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam di bilik peraduan baginda.

“Saya harap polis menyiasat siapa individu itu yang bertanggun­gjawab menyebarka­n video berkenaan di internet sehingga menjadi tontonan umum,” katanya pada sidang media selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

Selain BKKP, tiga NGO lain iaitu PEKIDA Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang dan Persatuan Muaythai Negeri Pahang turut membuat laporan sama di IPD Kuantan.

Laporan polis di Kuala Lumpur Kuala Lumpur,

Sementara itu di Gabungan Anak Daerahdaer­ah Pahang di Lembah Klang, turut membuat laporan polis terhadap Mahfuz yang didakwa menghina Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Pengerusi Persatuan Anakanak Pekan di Lembah Klang, Datuk Shahruddin Ahmad, yang mewakili anak-anak Pahang di Lembah Klang, berkata laporan itu dibuat kerana Ahli Parlimen terbabit bersikap biadap dan menghina Sultan Pahang.

“Sepatutnya sebagai pemimpin beliau tidak sewajarnya menggunaka­n atau membabitka­n institusi raja dengan politik.

“Kami kecewa dengan tindakan beliau dan satu laporan polis dibuat atas kebiadapan itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, semalam.

 ?? [FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] ?? Wan Abdul Wahid (depan, dua dari kiri) bersama badan NGO negeri menunjukka­n salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.
[FOTO ZULKEPLI OSMAN/BH] Wan Abdul Wahid (depan, dua dari kiri) bersama badan NGO negeri menunjukka­n salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia