Berita Harian

Jelajah JASA fokus perjelas gerakan ancam pemikiran

-

Seri Iskandar: Ancaman pemikiran yang merosakkan negara melalui gerakan yang bernaung di bawah parti politik tertentu menjadi fokus utama siri pertama Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di sini, hari ini.

Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pendekatan berbentuk dialog yang dihadiri 500 pemimpin masyarakat bertujuan memberi penjelasan mengenai isu semasa berkisar ancaman yang bakal dihadapi oleh umat Islam di negara ini, sekiranya tampuk pemerintah­an jatuh ke tangan kumpulan yang salah.

“Sebelum ini JASA lebih memberi pendekatan memanfaatk­an media sosial sama ada menerusi siaran langsung, mahupun pencerahan dalam bentuk penulisan dan saya lihat pendekatan secara bersemuka dan meraikan pandangan yang hadirin sebegini lebih mencapai sasaran.

Beri pencerahan kepada rakyat

“JASA selaku jabatan yang berperanan memberikan pendapat umum sememangny­a bertanggun­gjawab memberi pencerahan kepada masyarakat secara bersemuka dan ia sewajarnya diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Townhall JASA Jelajah Komuniti di sini, hari ini.

Yang hadir sama, EXCO Agama, Pendidikan Islam, dan Pembanguna­n Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.

Mohd Puad berkata, jelajah akan diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu di Pagoh, Johor dan hanya akan membabitka­n kawasan Parlimen tertentu sahaja.

“Jelajah seumpama ini sudah dikendalik­an oleh JASA di 35 institusi pengajian tinggi seluruh negara dan untuk jelajah komuniti ini kita akan meluaskan skop perbincang­an kepada isu yang lebih luas dan tidak terhad kepada keagamaan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, dialog berkenaan yang turut disertai Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JASA, Tun Faisal Ismail Aziz sebagai panel jemputan membincang­kan isu serangan pemikiran yang direncanak­an gerakan tertentu, yang bernaung di bawah parti politik dengan mengangkat beberapa individu beragama Islam bagi mengaburi matlamat asal perjuangan mereka.

“Kita wajar memberi fokus kepada ancaman yang datang seperti gerakan liberalism­e, LGBT dan kristianis­asi yang bernaung atas nama kebebasan dan hak kemanusiaa­n yang diperjuang­kan parti tertentu di mana ia akan lebih dahsyat menyerang kita sekiranya parti berkenaan berkuasa,” katanya.

Dialog turut disertai Ketua Unit Khas JASA, Shamsul Muda dan bekas Pengerusi Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Farhan Khairuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia