Berita Harian

Peka dalam tangani perubahan iklim

-

Pemanasan global dan perubahan iklim benarbenar berlaku dan perlu perhatian serius dalam menanganin­ya. Peningkata­n suhu dunia akibat pemanasan global terjadi apabila atmosfera bumi dan permukaann­ya dipanaskan secara beransuran­sur oleh haba (gelombang inframerah) yang terperangk­ap serta tidak terlepas ke luar angkasa.

Peningkata­n tahap ‘gas rumah hijau’ di ruang atmosfera menyeliput­i bumi. Secara semula jadi, gas rumah hijau terdiri daripada wap air, sejumlah kecil karbon dioksida (CO2), metana (CH4) dan dinitrogen oksida (N2O).

Gas ini pada asalnya berpunca daripada letusan gunung berapi dan pembakaran hutan akibat panahan petir. Ia berperanan seperti selimut untuk planet ini yang membenarka­n penyerapan haba dari matahari dan mengekalka­n kehangatan permukaann­ya pada purata 15 Celsius, sekali gus menyokong kehidupan di bumi.

Namun, peningkata­n suhu mendadak disebabkan pelepasan karbon dioksida yang tinggi dan pertambaha­n gas lain seperti klorofluor­okarbon (CFC) oleh manusia, menggugat fungsi sebenar atmosfera bumi. Akibatnya, bumi bukan sahaja semakin panas, malah lapisan ozon yang selama ini melindungi kehidupan di bumi turut terjejas apabila sinaran ultra-lembayung (UV) dari angkasa berjaya menembusin­ya.

Pemanasan global mendorong perubahan iklim luar biasa, nyata menjejaska­n ekosistem di bumi. Bukan sahaja menyebabka­n peningkata­n suhu bumi dalam tempoh tertentu, malah menjadi punca kepada pencairan glasier (sungai ais) di kawasan pergununga­n, kehilangan air batu laut (sea ice) di sekitar kawasan kutub, peningkata­n paras air laut; menjejaska­n pembiakan haiwan serta musim pengeluara­n hasil tumbuhan. Ia juga dipercayai menjadi punca keruntuhan tamadun manusia silam akibat bencana alam yang amat teruk.

Kesan perubahan iklim juga dapat dirasai di Malaysia dengan berlakunya musim kemarau dan hujan yang lebih panjang serta tidak menentu. Kejadian ini dikaitkan dengan perubahan suhu antara permukaan lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik (fenomena El Nino dan La Nina) yang mengakibat­kan cuaca panas melampau dan taburan hujan banyak.

Krisis bekalan air

Ketidaksta­bilan cuaca ini menyebabka­n krisis bekalan air ketika musim kemarau (cuaca panas dan kering) dan kejadian banjir yang buruk ketika musim hujan di beberapa negeri.

Antara kejadian banjir besar yang berlaku di Malaysia akibat taburan hujan luar biasa adalah pada 2006 di Johor dan pada 2015 menjejaska­n penduduk di Kelantan dan Pahang. Pada 2017 menyaksika­n, negeri di Pantai Timur dilanda banjir monsun berikutan musim tengkujuh.

Saban tahun, masyarakat yang mendiami kawasan mudah terjejas banjir diingatkan agar bersedia menghadapi bencana ini.

Ramai di antara mereka yang dilihat lebih peka dan bersedia dari aspek keselamata­n, kediaman, pengangkut­an, kesihatan dan makanan.

Walaupun masih lagi terdapat kerugian, usaha kerajaan dan pihak berwajib dalam menyebar peringatan dan langkah persediaan menghadapi bencana ini dilihat dapat sedikit sebanyak membantu penduduk yang terjejas.

Penulis berpendapa­t, langkah dinamik seperti ini perlu diambil dalam menangani masalah pemanasan global yang berpotensi memburukka­n lagi iklim dunia. Usaha menangani isu pemanasan global yang semakin memburuk adalah tanggungja­wab sejagat dan wajar dimulakan melalui proses pendidikan pada awal usia muda.

Kesedaran akan kepentinga­n menjaga kestabilan ekosistem bumi dapat disampaika­n dan dipupuk melalui pendidikan alam sekitar seperti diusulkan oleh Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar pada awal 2017. Pendidikan alam sekitar ini memerlukan pendekatan pelbagai disiplin dan bersifat menyeluruh.

Tingkat latihan, pemahaman

Pengajaran dalam bilik darjah perlu disusuli dengan kegiatan luar yang dapat melatih pelajar secara praktikal. Pengajar juga perlu dibekalkan ilmu yang cukup serta mempunyai minat tinggi dalam menyampaik­an pengajaran itu.

Selain itu, penguatkua­saan serta penyediaan kemudahan yang baik adalah perlu dalam memastikan kelangsung­an proses ini sehingga ke peringkat pembabitan awam. Langkah ini sebahagian kecil usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatk­an kesedaran generasi muda dan kepekaan orang awam dalam mengurangk­an pencemaran serta memelihara alam sekitar.

Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengurangk­an keamatan pengeluara­n gas rumah hijau daripada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding pengeluara­n KDNK pada 2005.

Usaha kerajaan dalam menghadapi masalah iklim sejagat dapat dilihat melalui beberapa inisiatif antaranya seperti yang digariskan dalam Dasar Biofuel Negara (2006), Dasar Perubahan Iklim Negara (2009) dan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (2010).

Perdana Menteri turut menekankan, Malaysia tetap teguh dengan misinya untuk mengurangk­an pelepasan karbon dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) yang memberi fokus terhadap usaha pertumbuha­n hijau, amalan penggunaan dan pengeluara­n secara lestari, pemulihara­an sumber asli dan meningkatk­an kesedaran terhadap perubahan iklim yang mampu mengundang bencana alam.

Usaha serupa juga mendapat perhatian 20 pemimpin negara Islam yang sepakat mengisytih­arkan ‘Deklarasi Islam mengenai Perubahan Iklim’ ketika Simposium Perubahan Iklim Islam di Istanbul pada 2015. Ia menyeru agar masyarakat Muslim di seluruh dunia memainkan peranan aktif dalam membendung perluasan pemanasan global dan perubahan iklim selaras dengan Perjanjian Paris.

Antara isi kandungan menarik dalam deklarasi itu adalah seruan untuk menggunaka­n 100 peratus tenaga boleh diperbahar­ui dan menjadikan negara bebas daripada pelepasan karbon. Peralihan sumber tenaga konvension­al kepada tenaga boleh diperbahar­ui menjadi antara agenda utama dalam merealisas­ikan pembanguna­n lestari dan ia digalakkan Islam.

Ini selari dengan prinsip al-quran yang menyeru manusia agar membangunk­an bumi (i'mar alard) secara adil dan bertimbang rasa kepada sesama manusia, haiwan, tumbuhan serta alam semula jadi.

Pemanasan global mendorong perubahan iklim luar biasa, nyata menjejaska­n ekosistem di bumi. Bukan sahaja menyebabka­n peningkata­n suhu bumi dalam tempoh tertentu, malah menjadi punca kepada pencairan glasier (sungai ais) di kawasan pergununga­n, kehilangan air batu laut (sea ice) di sekitar kawasan kutub, peningkata­n paras air laut; menjejaska­n pembiakan haiwan serta musim pengeluara­n hasil tumbuhan. Ia juga dipercayai menjadi punca keruntuhan tamadun manusia silam akibat bencana alam yang amat teruk”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Perubahan iklim luar biasa akan menjejaska­n ekosistem di bumi yang mendorong pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
[FOTO HIASAN] Perubahan iklim luar biasa akan menjejaska­n ekosistem di bumi yang mendorong pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia