Berita Harian

FELDA bantah keputusan EU boikot minyak sawit

Langkah dianggap hipokrasi, perbuatan tak ikhlas, boleh dipersoal

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz

Tindakan diskrimina­si Kesatuan Eropah (EU) mahu melaksanak­an sekatan terhadap produk minyak sawit dari negara Asia adalah satu bentuk penjajahan ekonomi untuk memiskinka­n pekebun kecil.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata langkah diambil EU adalah satu hipokrasi dan perbuatan yang tidak ikhlas serta boleh dipersoalk­an.

“Mereka menggunaka­n 17 Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2015-2030 sebagai asas untuk menyekat produk minyak sawit.

Guna pelbagai taktik

“Walhal mereka sebenarnya memperleke­hkan matlamat PBB itu demi kepentinga­n mereka. Inilah bentuk penjajahan ekonomi yang mereka ingin lakukan terhadap kita,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n membantah sekatan EU ke atas minyak sawit negara di sini, semalam

Shahrir berkata, EU menggunaka­n pelbagai taktik dan helah untuk menyekat produk minyak sawit kononnya ia menyebabka­n jerebu.

“Jerebu sudah tidak berlaku tahun lalu dan tahun sebelumnya. Sepatutnya mereka menghargai perkara ini. Kita boleh buktikan hujah mereka tidak boleh diguna langsung,” katanya.

Terdahulu, Shahrir bersama hampir 2,000 peneroka dan pekebun kecil berhimpun secara aman di Menara FELDA di sini, bagi membantah keputusan EU untuk mengadakan sekatan terhadap produk minyak sawit.

Malah, mereka turut menghantar memorandum bantahan ke pejabat kedutaan EU dan 17 negara anggota kesatuan terbabit.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, memorandum itu turut mengandung­i 103,078 tandatanga­n oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai tanda solidariti membantah keputusan EU.

“Dalam tempoh 10 hari, kita berjaya mengumpul tandatanga­n yang banyak ini, sekali gus menunjukka­n kita bersatu dalam membantah keputusan mereka,” katanya.

112,632 terjejas

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Mohd Syahrizal Mat Yusof, berkata sekiranya aktiviti memboikot dijalankan EU, seramai 112,632 peneroka FELDA dan pekebun kecil akan terjejas.

“Jika ini berlaku, pengeluara­n sawit di Malaysia akan terjejas sama sekali dan bayangkan kesusahan akan dialami pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya dengan hasil sawit.

“Setakat ini, pendapatan peneroka masih baik tetapi kerisauan sudah dirasai sesama sendiri ekoran boikot dirancang EU pada tahun 2020,” katanya.

Peneroka dari FELDA Wilayah Johor Bahru, Ab Aziz A Bakar pula berkata, pendapatan­nya kini hanya cukup untuk menyara keluargany­a saja tetapi jika tindakan boikot itu dilakukan EU, dia pasti mengalami kesulitan.

“Saya hanya memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan dan ia mencukupi setakat ini tetapi jika tindakan boikot berlaku, saya tidak dapat membayangk­an kehidupan kami yang akan terjejas,” katanya.

Pekebun FELCRA, Ripay Anak Sukan, 49, berkata beliau mengharapk­an kerajaan dan FELDA melakukan sesuatu untuk menghentik­an boikot dirancang EU.

“Inilah satu-satunya pendapatan kami untuk menyara kehidupan dan jika ada pihak cuba menyekatny­a, ia satu perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab.

“Pendapatan kami bukannya banyak dan jika ini terjadi, kesulitan akan dialami oleh semua pekebun kecil yang terbabit,” katanya.

Terdahulu, Shahrir menyerahka­n cek bernilai RM43,162,200 sebagai bayaran bonus insentif kepada 92,059 peneroka dari 11 gugusan FELDA selepas mereka berjaya memaksimum­kan pengeluara­n hasil kebun, sekali gus menghargai usaha untuk terus meningkatk­an produktivi­ti bersama agensi itu. Pekebun FELCRA

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Shahrir menyertai demonstras­i secara aman dan menyerahka­n memorandum bantahan terhadap larangan minyak sawit oleh EU.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Shahrir menyertai demonstras­i secara aman dan menyerahka­n memorandum bantahan terhadap larangan minyak sawit oleh EU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia