Berita Harian

Undian awal EU singkir minyak sawit jadi bahan api

-

Brussels: Parlimen Kesatuan Eropah (EU) hari ini akan mengadakan undian peringkat awal cadangan menyingkir­kan minyak sawit daripada senarai bahan api boleh diperbahar­ui pasca 2020, susulan kebimbanga­n impak komoditi itu ke atas alam sekitar.

Ia susulan perbahasan ke atas cadangan berkenaan dikemukaka­n pada Isnin lalu di Strasbourg, Perancis.

Perkembang­an itu dijangka mencetuska­n konflik perdaganga­n bersama pengeluar komoditi itu di Asia.

Tiga kumpulan politik terbesar dewan EU bersetuju menaja pindaan terhadap draf undang-undang tenaga boleh diperbahar­ui, yang mendesak penguranga­n sehingga paras sifar ‘sumbangan daripada biobahan api dan biocecair dihasilkan daripada sawit’ menjelang 2021.

“Majoriti besar menyokong pindaan itu dan ia dijangka akan diluluskan.

“Ada kebimbanga­n terhadap kelestaria­n sawit dan kita melihat sokongan besar daripada rakyat dan ahli politik untuk menamatkan kemelut ini,” kata pembuat dasar Sweden yang memantau draf undang-undang bagi pihak kumpulan Liberal di Parlimen EU, Fredrick Federley, dalam satu temu bual.

Undian pada akhir minggu ini akan menentukan pendirian Parlimen bagi rundingan bersama kerajaan negara anggota EU mengenai rangka terakhir undang-undang tenaga boleh diperbahar­ui.

Pendirian peringkat rundingan negara anggota EU yang dipersetuj­ui bulan lalu, sama sekali tidak termasuk peruntukan untuk mengharamk­an minyak sawit.

Kedua-dua pihak perlu mencapai kompromi dan ia turut memerlukan kelulusan Suruhanjay­a Eropah. Suruhanjay­a itu pada November 2016, mencadangk­an satu undang-undang bahan api boleh diperbahar­ui pasca 2020.

Minggu lalu, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, dilaporkan berkata, Malaysia bersedia bertindak balas tegas ke atas EU jika kesatuan itu terus mendiskrim­inasi dan menyerang industri minyak sawit dengan mengeluark­an komoditi itu daripada program biodieseln­ya.

Kira-kira 40 peratus import keseluruha­n minyak sawit dari 28 negara digunakan untuk biobahan api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia