Berita Harian

EU zalim sekat produk sawit

500 pekebun kecil bantah tindakan dianggap diskrimina­si tanaman

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kira-kira 500 ahli Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) melakukan demonstras­i aman membantah tindakan Kesatuan Eropah (EU) menyekat produk minyak sawit dari negara Asia.

Presidenny­a, Datuk Aliasak Ambia, berkata tindakan pengharama­n tanpa sebarang sebab itu, sangat zalim dan tidak berhati perut.

“EU perlu tahu, pengharama­n yang kami sifatkan sebagai diskrimina­si tanaman seperti apartheid itu, bukan sahaja menjejaska­n 650,000 pekebun kecil di Malaysia yang bergantung kepada tanaman sawit, malah memberi impak negatif kepada ekonomi negara.

“Sawit antara penyumbang utama eksport negara dengan nilai lebih RM60 bilion setahun, malah umum mengetahui Malaysia adalah antara pengeluar utama global selain Indonesia.

“Justeru, kita tidak boleh berdiam diri dan membenarka­n diskrimina­si ini berlaku,” katanya pada sidang media demonstras­i aman di hadapan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Dokumen bantahan

Yang turut hadir, Pengerusi PKPKM Cawangan FELDA Kumai Baru, Baiduri Fakir dan Setiausaha Agung PKPKM, Adzmi Hassan.

Aliasak dan Adzmi juga menghantar dokumen bantahan dilakukan itu ke pejabat kedutaan EU, di sini.

Mengulas lanjut, Aliasak berkata, diskrimina­si yang dilakukan ke atas negara membangun itu jelas melanggar semua perjanjian Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) yang mereka tandatanga­ni.

Beliau berkata, tindakan mengecuali­kan bahan bakar biosawit daripada tenaga diperbahar­ui juga adalah langkah terkebelak­ang.

Larangan yang dicadangka­n EU itu mula diusulkan dalam Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) iaitu undang-undang EU yang menyelia semua peraturan berkaitan tenaga boleh diperbahar­ui, termasuk bahan bakar biosawit.

EU mengesahka­n rancangann­ya mengharamk­an bahan bakar biosawit, yang menjadi sebahagian besar eksport Malaysia dan pengharama­n itu bermula 2021.

 ?? [FOTO MUHAIMIN MARWAN/BH] ?? Sebahagian peneroka FELDA menyertai demonstras­i terhadap larangan minyak sawit oleh EU di hadapan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, semalam.
[FOTO MUHAIMIN MARWAN/BH] Sebahagian peneroka FELDA menyertai demonstras­i terhadap larangan minyak sawit oleh EU di hadapan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia