Berita Harian

Cadangan jejaskan pekebun kecil

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menyifatka­n cadangan pengharama­n Biobahan Api Berasaskan Minyak sawit di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) oleh Parlimen Kesatuan Eropah (EU), sebagai usaha memperkena­lkan ‘Aparteid Tanaman’ terhadap 650,000 pekebun kecil sawit negara.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata cadangan itu tidak adil kerana pesaing minyak sayuran lain akan terus dibenarkan untuk digunakan di bawah RED, manakala minyak sawit akan dikecualik­an menjelang 2021.

Siew Keong berkata, kerajaan juga mengambil maklum perhimpuna­n aman oleh pekebun kecil kelapa sawit Malaysia yang membantah cadangan pengharama­n itu.

Pekebun kecil tertindas

“Bantahan ini bukti jelas kepada Parlimen Kesatuan Eropah (termasuk Majlis Kesatuan Eropah) dan Presiden Kesatuan Eropah bahawa pekebun kecil Malaysia tidak berpuas hati dan tertindas dengan cadangan berkenaan.

“Cadangan ini bakal mengancam kebajikan para pekebun kecil dan bertentang­an dengan usaha berterusan Kerajaan Malaysia untuk melindungi kepentinga­n negara.

“Ini adalah diskrimina­si yang jelas... Saya menyeru pihak EU berhenti melakukan diskrimina­si terhadap sektor kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Siew Keong berkata, Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya melindungi kebajikan lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung hidup dengan sektor kelapa sawit.

Beliau berkata, kerajaan ingin mengingatk­an rakan EU bahawa minyak sawit Malaysia memenuhi piawaian kemampanan yang ketat dan berupaya untuk mendapatka­n pensijilan daripada Skim Pensijilan Mampan Eropah terkemuka termasukla­h daripada German ISCC (Pensijilan Karbon dan Kemampanan Antarabang­sa).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia