Berita Harian

1,910 bekas guru belum tuntut caruman KWSG

-

Putrajaya: Seramai 1,910 bekas guru pencarum Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) belum menuntut caruman masing-masing, yang keseluruha­nnya berjumlah RM13.58 juta.

Ia membabitka­n guru yang pernah berkhidmat di Semenanjun­g antara 1950 hingga Oktober 2004.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), Zahiruddin Mohammad Hanif, berkata guru berkenaan yang berkhidmat di bawah skim Perkhidmat­an Guru-guru Dipersatuk­an (UTS) mungkin terlepas pandang terhadap caruman masing-masing.

Katanya, pihak berusaha menjejaki guru berkenaan sejak 2007, tetapi gagal mengesan mereka atas pelbagai sebab, termasuk berpindah alamat asal.

Sehubungan itu, beliau meminta bekas guru berkenaan atau waris mereka supaya tampil membuat tuntutan caruman masingmasi­ng, dengan menghubung­i YGTHO di Tingkat 13, Wisma KWSG, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur di talian 03-22746037.

Gagal dikesan

“Pencarum gagal dikesan berikutan kekurangan maklumat peribadi yang sebahagian besarnya tidak dikemas kini selain ada yang menetap di luar negara.

“Pada akhir Disember 2015, KSWG dibubarkan dan diambil alih oleh YGTHO, dan semua caruman ini sudah dimasukkan dalam Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara,” katanya di sini, semalam.

KWSG ditubuhkan pada 1 Januari 1962, bertujuan menjaga kepentinga­n dan memberi faedah kepada guru yang bernaung di bawah UTS sebagai tabung persaraan, yang fungsinya mirip kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Pada awal penubuhann­ya, ada 5,767 pencarum dan semua urusan kewangan ditadbir urus oleh KWSP kerana KWSG kurang berpengala­man dari segi pengurusan akaun, sehinggala­h jumlah pencarumny­a mencapai 63,641 orang dengan nilai caruman berjumlah RM100 juta.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Zahirudin menunjukka­n senarai bekas guru pencarum KWSG.
[FOTO BERNAMA] Zahirudin menunjukka­n senarai bekas guru pencarum KWSG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia