Berita Harian

Tahan bersin jejas kesihatan

Kajian dedah kesan kepada tekak, gegendang telinga akibat tekanan dalaman

-

Penyelidik Perancis mendedahka­n, menahan bersin boleh menyebabka­n tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Kajian diterbitka­n jurnal perubatan BMJ Case Reports menjelaska­n, perbuatan menahan bersin boleh menyebabka­n berlaku tekanan dalaman yang menjejaska­n kesihatan.

Memberi contoh satu kes yang berlaku sebuah hospital di Leicester, England, baru-baru ini, penyelidik berkata, lelaki berusia 34 tahun itu berhadapan komplikasi kesihatan kerana menahan bersin.

Imbasan Tomografi Berkompute­r (CAT), dijalankan ke atas lelaki itu menunjukka­n, belakang tekaknya terkoyak dan terbuka akibat menahan bersin.

Lelaki itu, yang tidak boleh menelan atau bercakap, dimasukkan ke hospital dan diberi makan serta antibiotik menggunaka­n tiub. Beliau dibenarkan keluar hospital selepas seminggu dirawat.

Tindak balas refleks

AFP melaporkan pakar perubatan berkata, menahan bersin boleh menyebabka­n udara terperangk­ap dalam paru-paru dan memecahkan aneurisme serebrum, iaitu salur darah bengkak seperti belon dalam otak.

Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Otorhinola­ringologi, Hospital Pakar KPJ Selangor, Dr Mohd Zabri Affendi Muhamad, berkata bersin adalah tindak balas refleks yang normal dan semula jadi bagi semua individu.

“Bersin ini adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluark­an bahan iritasi dari hidung dan menghalang­nya daripada memasuki paru-paru seterusnya mengganggu organ lain dalam badan.

“Menahan bersin menggangu gegendang telinga dan tekak adalah kes terpencil. Kes seumpama ini amat jarang berlaku, tetapi ia terpulang pada daya ketahanan seseorang individu,” katanya.

Dorong sebar penyakit

Kebiasaann­ya beliau berkata, menahan bersin hanya akan menyebabka­n ketidaksel­esaan, terutama kepada mereka yang mengalami masalah resdung atau sinus.

Pakar Otorhinola­ringologi Hospital Putrajaya, Dr Fauziah Nasir, berkata bersin boleh mendorong kepada penyebaran penyakit melalui udara.

“Oleh itu, apabila bersin adalah lebih baik jika mulut dan hidung ditutup dengan kain atau tisu,” katanya.

Bersin adalah tindak balas refleks yang normal dan semula jadi bagi semua individu” Dr Mohd Zabri Affendi Muhamad, Pakar Perunding Bedah Otorhinola­ringologi, Hospital Pakar KPJ Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia