Berita Harian

Kajian siap bulan depan

-

Johor Bahru: Kajian mengenai masalah beg sekolah berat akan siap dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an.

Beliau berkata, kajian oleh Kementeria­n Pendidikan itu bertujuan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah terbabit dan hasil kajian akan dibentangk­an kepada Menteri Pendidikan.

Katanya, berdasarka­n pemantauan­nya sendiri terhadap murid Tahun Satu, isu beg sekolah berat semakin berkuranga­n.

“Apabila saya pergi ke sekolah dan berjumpa dengan murid Tahun Satu, saya ambil beg mereka ada penguranga­n (berat beg) sikit.?

“Selain itu, saya juga ingatkan cikgu dan sekolah, jangan biarkan murid membawa buku untuk seminggu, sebaliknya bawa hanya untuk hari itu (sehari) sahaja mengikut jadual waktu,” katanya.

Reka bentuk beg

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Serampang, Bukit Indah, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Pen- didikan Johor, Shaharudin Sharif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, yang juga Pengerusi MIC Johor, Datuk M Asojan.

Kamalanath­an berkata, isu beg berat biasanya berpunca daripada reka bentuk sesebuah beg, bukannya beban buku sekolah.

“Apa pun kita (kementeria­n) masih pantau dan menunggu laporan terakhir dalam tempoh sebulan dua ini sebelum dibentangk­an kepada Menteri,” katanya.

Pada majlis sama, Kamalanath­an turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM300,000 kepada sekolah berkenaan.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN / BH ] ?? Kamalanath­an beramah mesra dengan murid Tahun 1 ketika majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Serampang Indah, Johor Bahru.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN / BH ] Kamalanath­an beramah mesra dengan murid Tahun 1 ketika majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Serampang Indah, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia