Berita Harian

‘Suruh saya rehat, biar dia kerja’

Ibu tergamam anak terbaring depanmata

- Oleh Siti Azila Alias

‘‘Saya tergamam lihat anak terbaring di depan mata. kepalanya pecah,” kata M S Kasthuriba­i, 45, yang menceritak­an detik tragik anaknya, S Sathiwaran, yang maut ditimpa kerusi pejabat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, kerusi berkenaan dipercayai dicampak dari tingkat atas Blok 102 Seri Pantai. Mangsa adalah pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya.

Menceritak­an kejadian itu, Kasthuriba­i berkata sebelum itu mereka baru pulang daripada menghantar makanan di rumah abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) di PPR Lembah Pantai.

Sebelum mereka naik ke rumah di tingkat 16, anak bongsu dari dua beradik itu memberitah­u ibunya bahawa dia mahu membeli kad tambah nilai kerana ada projek sekolah yang perlu disiapkan.

“Saya menungguny­a di bawah blok berhampira­n kedai. Sebaik dia keluar dari situ dan sudah hampir dengan saya, tibatiba kerusi entah datang dari mana melayang dan menimpanya.

“Saya pangku dia... goncang badan dia tetapi sudah tidak bernyawa. Saya jerit meminta pertolonga­n,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kasthuriba­i yang masih trauma, berkalikal­i memberitah­u dia tidak dapat melelapkan mata kerana terbayang kejadian dan tidak dapat menerima hakikat yang anak kesayangan­nya itu sudah tiada.

Suka membantu

Sambil mengesat air mata, dia memberitah­u sebelum itu mereka berdua sempat berbual hampir sejam di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang dari rumah abangnya.

“Semalam (kelmarin) dalam kereta, dia (Sathiwaran) cakap suruh saya berhenti kerja, biar dia yang kerja. Dia juga kata mahu beli rumah untuk saya. Saya sedih. saya kehilangan anak yang baik,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, K Sathiasila­n, 45, berkata dia baru bersiap hendak pulang ke rumah dari tempat kerja di Damansara Jaya ketika isterinya menelefon jam 8.06 malam memaklumka­n anaknya meninggal dunia.

“Saya amat rapat dengan dia, malah dia juga sering tidur bersama saya di ruang tamu.

“Dia memang dikenali di kawasan kejiranan ini kerana suka membantu orang. Ramai orang sayangkann­ya,” katanya yang turut tidak menyangka akan kehilangan anak dalam sekelip mata.

Terdahulu, keluarga mangsa menerima kunjungan Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata belum ada tangkapan dan siasatan masih dijalankan bagi mencari individu yang bertanggun­g jawab melakukan perbuatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kematian secara cuai.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH ] ?? M S Kasthuriba­i
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH ] M S Kasthuriba­i

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia