Berita Harian

Tawau, Kalabakan lokasi terakhir Program Happy To School

-

Kuala Lumpur: Seramai 1,000 orang murid masing-masing di Tawau dan Kalabakan di Sabah menerima sumbangan barangan kelengkapa­n persekolah­an sempena Program ‘Happy To School’ anjuran Biro Keahlian Daftar Pemilih (BKDP) UMNO.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balung, Tawau dan SK Kalabakan, Kalabakan, murid terbabit menerima bantuan kelengkapa­n persekolah­an seperti pakaian seragam, kasut dan beg sekolah.

Sekolah yang terbabit SK Ulu Kalabakan, SK Brantian dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalabakan.

Pengerusi BKDP, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Parlimen Tawau dan Kalabakan adalah lokasi terakhir bagi program ini selepas menjelajah ke seluruh negara membabitka­n 78 kawasan Parlimen.

Beliau berkata, program ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membantu mengurangk­an beban rakyat terutama ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.

“Hari ini (semalam) kita datang menyalurka­n bantuan dan selesaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat dan berkongsi nikmat.

Bantuan disalur

“Nilai bantuan disalurkan hari ini hampir RM180,000 (di Kalabakan dan Tawau) dan kita mahu membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan fahaman politik sekali gus membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Selain sumbangan keperluan sekolah, murid di Kalabakan turut menerima bantuan khas awal persekolah­an sebanyak RM100 yang disampaika­n Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat.

 ?? [FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH] ?? Abdul Azeez bersama pelajar selepas Program Penyampaia­n Barangan Sekolah pada program Happy To School di Tawau, semalam.
[FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH] Abdul Azeez bersama pelajar selepas Program Penyampaia­n Barangan Sekolah pada program Happy To School di Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia