Berita Harian

Pelajar terjatuh dari tingkat satu sekolah

Gadis alami kemurungan cedera di kepala dalam keadaan stabil

- Oleh Nazdy Harun

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima yang dipercayai mengalami kemurungan, terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa yang cedera di kepala, dikejarkan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan pemeriksaa­n lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud, berkata pegawai penyiasat dan pegawai perhubunga­n sekolah sudah menemui mangsa di hospital selepas menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

“Berdasarka­n perbualan dengan bapa pelajar itu, kami dimaklumka­n mangsa sering kemurungan dan mengalami halusinasi.

“Bapa mangsa juga memaklumka­n anaknya sudah bertukar dua sekolah kerana masalah yang dihadapi itu,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, pelajar itu mendaftar di sekolah berkenaan pada 3 Januari lalu. Sebelum ini, dia bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Adik pantau kakak

Difahamkan, adik mangsa berusia 16 tahun yang turut bersekolah di SMK Jenagor, diberi tanggungja­wab memantau kakaknya itu.

Mohd Adli berkata, mangsa mengalami kemurungan sejak dua tahun lalu dan pernah dihantar bapanya ke Madrasah Khairul Insan, Jenagor, untuk memulihkan penyakit kemurungan.

 ?? [FOTO NAZDY HARUN/BH] ?? Lokasi mangsa terjatuh dari tingkat satu SMK Jenagor, semalam.
[FOTO NAZDY HARUN/BH] Lokasi mangsa terjatuh dari tingkat satu SMK Jenagor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia