Berita Harian

TM, TNB realisasi Pelan Fiber Seluruh Negara

Usaha sama manfaat capaian, infrastruk­tur serta kepakaran

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) bagi membangunk­an pelan pelaksanaa­n merealisas­ikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).

Kedua-dua syarikat dalam kenyataan bersama berkata, usaha sama itu akan memanfaatk­an gabungan keupayaan dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dari segi capaian, infrastruk­tur dan kepakaran.

Katanya, secara khusus, sinergi berkenaan akan membolehka­n struktur kos yang paling cekap selain memacu capaian rangkaian jalur lebar fiber.

Pacu ekonomi digital

“Ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk memacu ekonomi digital di Malaysia seperti yang disasarkan di bawah NFP dan projek Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB),” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi komitmen dua GLC itu, ia akan memastikan keselamata­n serta menjamin infrastruk­tur strategik dan kritikal negara.

“Cadangan rangkaian itu juga akan meneruskan penyertaan akses terbuka sedia ada oleh pemain industri yang lain bagi mempromosi­kan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit,” tambah kenyataan itu.

MOU berkenaan dimeterai Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Shazalli Ramly serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan itu, MOU terbabit tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan ditandatan­gani oleh kedua-dua pihak selepas terma komersial dimuktamad­kan.

“Pengumuman selanjutny­a akan dibuat kelak, mengikut kesesuaian,” kata kenyataan itu.

Oktober lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kerajaan sudah memuktamad­kan pendekatan untuk melaksanak­an NFP yang dibangunka­n bagi memperluas penyediaan dan keupayaan perkhidmat­an jalur lebar.

Perkongsia­n awam swasta

Beliau berkata, NFP akan dilaksanak­an melalui perkongsia­n awam swasta yang berpotensi.

Katanya, bukti konsep akan dilaksanak­an di beberapa lokasi di Malaysia membabitka­n bandar, pinggir bandar dan zon terpencil.

NFP, katanya, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam bajet, untuk menggandak­an kelajuan jalur lebar pada harga lebih rendah menjelang 2019.

“Dengan NFP, kerajaan menjangkak­an rakyat akan terus mendapat faedah daripada jalur lebar yang lebih berkualiti pada harga kompetitif dan membolehka­n mereka memanfaatk­an peluang yang diberikan oleh ekonomi digital,” katanya.

 ??  ?? Shazalli (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Azman pada majlis memeterai MOU antara TM dan TNB di Kuala Lumpur, semalam.
Shazalli (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Azman pada majlis memeterai MOU antara TM dan TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia