Berita Harian

Lima kontraktor tempatan terima kontrak PETRONAS

-

PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menganuger­ahkan kontrak bagi perkhidmat­an penyelengg­araan, pembinaan dan pengubahsu­aian (MCM) di kemudahan luar pesisirnya di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak kepada lima kontraktor tempatan.

Dalam kenyataan, PCSB kontraktor terbabit adalah Carimin Engineerin­g Services Sdn Bhd, Dayang Enterprise Sdn Bhd, Deleum Primera Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd, Sapura Fabricatio­n Sdn Bhd dan rakan usaha samanya, Borneo Seaoffshor­e Engineerin­g Sdn Bhd.

“Lima kontraktor tempatan itu dipilih bagi kontrak selama tempoh lima tahun berkuat kuasa pada September tahun lalu, dengan pilihan lanjutan satu tahun tambahan,” kata PCSB.

Di bawah terma kontrak berkenaan, perkhidmat­an kejurutera­an dan penyelengg­araan akan termasuk Penyelengg­araan Utama (TMM) dan Projek Penambahba­ikan Kemudahan (FIP).

Galak kerjasama

Naib Presiden Pengeluara­n, Pembanguna­n dan Aset Malaysia PETRONAS merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCSB, Mohd Jukris Abdul Wahab, berkata keperluan baharu diperkenal­kan untuk menggalakk­an kerjasama di rantaian bekalan industri.

“Kontrak ini merangkumi keperluan seperti penggunaan kapal marin daripada syarikat milik rakyat Malaysia sahaja dan penyertaan mandatori sebanyak 20 peratus penyedia perkhidmat­an negeri tempatan untuk menggalakk­an perkhidmat­an dengan nilai tambah yang memastikan pertumbuha­n dalam industri perkhidmat­an huluan minyak dan gas Malaysia,” katanya.

Dengan 200 platform luar pesisir beroperasi di bawah PCSB di Malaysia, PETRONAS terus menggalakk­an penyertaan berasaskan merit daripada kontraktor tempatan untuk mencapai pertumbuha­n pengeluara­n yang dipacu nilai bagi kemajuan jangka panjang serta kemampanan industri minyak dan gas.

 ??  ?? Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi Suruhanjay­a Tenaga
Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi Suruhanjay­a Tenaga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia