Berita Harian

MBSB sedia RM700 juta bina projek RUMAWIP

-

Malaysia Building Society Berhad (MBSB), memperuntu­kkan kirakira RM700 juta kemudahan pembiayaan patuh Syariah bagi pembinaan lapan projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata sebelum ini MBSB sudah membiayai sembilan projek RUMAWIP di seluruh Lembah Klang membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.66 bilion.

Tingkat fokus

Katanya, sebanyak RM594.85 juta pembiayaan diluluskan bagi sembilan projek terbabit yang terdiri daripada 5,768 unit perumahan RUMAWIP.

“Manakala, pembiayaan RM355 juta bagi projek RUMAWIP dengan anggaran GDV sebanyak RM1.12 bilion untuk membangunk­an 1,336 unit masih dalam proses.

“Kami ingin meningkatk­an fokus dalam segmen perumahan mampu milik dan setakat ini komitmen kami sudah membuahkan hasil malah MBSB akan terus memainkan peranan yang penting ini,” katanya pada majlis perasmian penyempurn­aan perjanjian antara MBSB dan Hektar Aneka Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengarah Hektar Aneka, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Unjuran segmen hartanah

Ahmad Zaini berkata, MBSB menawarkan kemudahan pembiayaan patuh Syariah berjumlah RM161.3 juta bagi pembinaan projek RUMAWIP Residensi Hektar di Jalan Gombak.

Menurutnya, MBSB juga menyediaka­n pembiayaan kepada bakal pembeli projek terbabit dengan pakej perumahan yang menarik.

Ditanya mengenai unjuran segmen hartanah dan MBSB, beliau berkata, pihaknya menjangkak­an pasaran akan kekal mencabar dan MBSB akan terus menjadi pembiaya utama serta memberi fokus kepada projek perumahan mampu milik.

Sementara itu, Rozabil berkata, pihaknya akan terus meneroka peluang pembiayaan dan perniagaan menerusi kerjasama strategik antara MBSB dan Hektar Aneka.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Tengku Adnan (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara MBSB dab Hektar Aneka di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ahmad Zaini (kanan).
[ FOTO BERNAMA ] Tengku Adnan (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara MBSB dab Hektar Aneka di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ahmad Zaini (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia