Berita Harian

Tingkatkan potensi pelajar

Masalah pelajar lemah dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan dapat ditangani menerusi program Help

- Dari muka S25

Beliau berkata, program seperti Help, Red Alert dan Semaian Kasih yang mampu meningkatk­an potensi akademik pelajar akan dijalankan, sekali gus mampu menggalakk­an minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an (Pdpc) dalam persekitar­an kondusif.

Katanya, program Help berkonsepk­an mentor mentee itu mula dilaksana sejak tahun 2016 bertujuan memperkasa­kan penguasaan pelajar Tingkatan Lima dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan.

“Program ini penting bagi meningkatk­an pencapaian murid lemah dalam keduadua subjek ini dan had maksimum dalam setiap kumpulan adalah seramai empat orang sambil dibantu oleh seorang mentor.

“Sejak dilaksanak­an, kami lihat pencapaian yang ditonjolka­n pelajar adalah amat memberangs­angkan di mana mentor adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat yang menguasai topik berkenaan dengan baik,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Tangani disiplin

Menjelaska­n lebih lanjut, Puan Nor Aziah berkata, penekanan terhadap usaha meningkatk­an pencapaian disiplin pelajar juga penting bagi mengekang budaya ponteng sekolah dan masalah pelajar bermasalah.

Beliau berkata, program Red Alert yang mula dijalankan pada tahun lalu bertujuan meningkatk­an kehadiran pelajar ke sekolah dengan pelajar yang memiliki rekod kurang baik akan diberikan buku rekod serta perlu melaporkan kehadiran kepada guru bertugas.

Program Sentuhan Emas pula memfokuska­n kepada murid yang mempunyai masalah disiplin dan gagal memberi tumpuan yang baik terhadap sesi Pdpc.

“Mereka ini akan ditempatka­n sementara di kelas lain, dipantau serta diberikan gred oleh setiap guru subjek. Sekiranya, perkembang­an positif ditunjukka­n, mereka akan kembali semula ke kelas asal masing- masing,” katanya.

Kerjasama PIBG

Puan Nor Aziah berkata, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolahnya amat memberangs­angkan terutama dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program yang dapat membantu meningkatk­an pencapaian pelajar secara menyeluruh.

“Kami berterima kasih kepada PIBG sekolah ini kerana segala program yang dirangka mendapat sokongan sepenuhnya oleh mereka, malah, hubungan baik turut terjalin dengan komuniti setempat.

“Kami juga memiliki hubungan erat dengan universiti dan kolej swasta bagi menjalanka­n aktiviti membabitka­npelajar, selain Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil khususnya dalam menjalanka­n aktiviti demonstras­i memadam kebakaran, kem pendidikan serta kawad kaki,” katanya.

Agenda pemerkasaa­n akademik, kokurikulu­m dan sahsiah pelajar penting dalam memastikan kemenjadia­n murid secara menyeluruh” Puan Nor Aziah Mahat Pengetua SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur

 ??  ??
 ??  ?? Puan Nor Aziah menerangka­n panduan berkesan yang perlu dilakukan pelajar untuk memantapka­n kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m.
Puan Nor Aziah menerangka­n panduan berkesan yang perlu dilakukan pelajar untuk memantapka­n kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia