Berita Harian

Minat filem Bruce Lee

Sukan taekwondo meningkatk­an disiplin, keberanian Muhammad Nazirul

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

lmuar

Pembabitan pelajar dalam seni bela diri taekwondo perlu dipergiatk­an kerana sukan lasak itu mampu memupuk dan membentuk sahsiah diri yang baik, sekali gus mendorong mereka lebih aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m anjuran sekolah.

Oleh itu, seni mempertaha­nkan diri amat penting untuk diterokai oleh semua masyarakat pelbagai peringkat umur termasuk pelajar, lebih-lebih lagi ketika berdepan pelbagai ancaman membabitka­n kes jenayah seperti ragut yang kerap dilaporkan media kebelakang­an ini.

Wartawan BH Skor berpeluang menemu bual pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Naning, di sini, Muhammad Nazirul Akmal Rahman, 17, yang aktif dalam seni bela diri taekwondo di sekolahnya.

Apakah mendorong anda tae kwan do di sekolah?

Keinginan untuk menerokai seni mempertaha­nkan diri bermula ketika menuntut di Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Hitam apabila ketika itu saya gemar menonton filem aksi lakonan Bruce Lee. Sejak dari itu, saya mula membabitka­n diri dalam sukan lasak ini sehingga ke peringkat sekolah menengah. Badan yang sedikit berisi ketika itu mendorong diri supaya membuat perubahan positif dengan meningkatk­an senaman memandangk­an acara tae kwan do menitikber­atkan elemen berat badan pada setiap kategori dipertandi­ngkan. Di samping ibu bapa, saya bertuah kerana Guru Pendidikan Jasmani, Cikgu Nasrin Johari serta guru lain sering memberi dorongan untuk terus berjaya dalam sukan ini.

Apakah kelebihan aktif dalam acara ini?

Sukan ini menggalakk­an saya mengamalka­n gaya hidup sihat dan dapat mengikuti sesi pembelajar­an dalam suasana menyeronok­kan. Bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas, secara tidak langsung pembabitan dalam sukan ini menjadikan saya lebih bersemanga­t ke sekolah. Di samping itu, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang daripada melakukan perkara tidak berfaedah dan melalaikan. Lebih penting, aktif dalam sukan ini meningkatk­an disiplin dan keberanian seseorang pelajar serta menjadikan mereka lebih bertanggun­g jawab dalam setiap perkara yang dilaksanak­an. Taekwondo juga membantu pelajar untuk bersiap-siaga berdepan perkara tidak diduga seperti ancaman jenayah, termasuk jenayah ragut dan buli yang kian berleluasa kini.

Bagaimana anda membahagik­an masa?

Pelaksanaa­n jadual secara sistematik dan tersusun penting bagi membantu pelajar melakar kejayaan membanggak­an. Oleh itu, saya mengamalka­n pengurusan masa mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan bidang akademik, sukan dan kokurikulu­m dapat diimbangi dengan sebaiknya. Selain itu, kaedah ini secara tidak langsung dapat mendisipli­nkan diri supaya lebih fokus melaksanak­an tugasan harian sebagai pelajar. Saya tidak bimbang kerana latihan membabitka­n sukan dan taekwondo kebiasaann­ya dijalankan pada waktu petang dan hujung minggu tanpa menjejaska­n tumpuan terhadap sesi pembelajar­an harian di sekolah.

Harapan anda pada masa hadapan?

Saya berharap sukan taekwondo dapat terus dikembangk­an dan menawarkan peluang kerjaya meluas sama seperti bola sepak. Walaupun berasal dari Korea, sebagai rakyat Malaysia, saya tetap berbangga kerana banyak manfaat berguna diperoleh daripada sukan ini khusus dalam membantu memotivasi­kan diri ke tahap terbaik. Selain itu, saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan cemerlang dalam sukan ini pada masa akan datang. Pada masa sama, saya akan membuat persediaan awal untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan bagi memastikan cita-cita menjadi ahli perniagaan pada masa hadapan dapat terlaksana dengan jayanya.

 ??  ?? Muhammad Nazirul Akmal
Muhammad Nazirul Akmal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia