Berita Harian

R-otector tangani pencemaran radioaktif

Bahan radioaktif disedut ke dalam bekas plumbum tebal bagi menghalang radiasi

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Robot pengesan bahan radioaktif ciptaan dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang, Kedah memenangi pingat emas kategori kreatif pada Olympiad Robot Antarabang­sa 2017 di Stadium Pusat Olimpik Qinhuangda­o, China, bulan lalu.

Guru pasukan inovasi sekolah itu, Encik Adha Arffain, berkata robot dikenali sebagai Rotector itu dilengkapi dengan sensor radiasi bagi mengesan lokasi pencemaran radioaktif.

Beliau berkata, produk berkenaan akan menge luarkan amaran kepada orang ramai sekiranya sesuatu penempatan dicemari bahan radioaktif bagi memastikan kawasan itu selamat untuk didiami atau sebaliknya.

Katanya, fungsi dan kekemasan robot dihasilkan adalah antara faktor menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

Robot dilengkapi dengan vakum dan tangan robotik bagi memudahkan bahan radioaktif disedut dan dipindahka­n ke dalam bekas plumbum yang tebal bagi menghalang sebarang jenis radiasi yang memudaratk­an orang awam daripada tersebar.

Mahir TVET

“Penggunaan Rotector mempunyai pelbagai alatan elektronik dan sensor yang canggih ini dapat mengesan bahan radioaktif sejauh dua meter serta lebih selamat berbanding dikendalik­an secara manual oleh manusia,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Encik Adha berkata, produk itu memiliki keistimewa­an tersendiri seperti dilengkapi kamera tanpa wayar, sistem kedudukan global GPS) dan panel solar bagi meningkatk­an lagi keberkesan­annya.

“Tempoh masa untuk menyiapkan robot ini adalah kurang dari sejam dan terdapat juga tayar mecanum yang membolehka­nnya bergerak secara fleksibel terutama di kawasan sempit serta sesak,” katanya.

 ??  ?? Safurah dan Batrisyia menunjukka­n robot pengesan radioaktif yang bersifat mesra pengguna.
Safurah dan Batrisyia menunjukka­n robot pengesan radioaktif yang bersifat mesra pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia