Berita Harian

HIP pupuk minat pelajar berbahasa Inggeris

Suntik semangat dan keberanian pelajar berkomunik­asi, kuasai mata pelajaran

-

Shah Alam: Penganjura­n Highly Immersive Programme (HIP) perlu diperkasak­an kerana platform itu mampu menggalakk­an budaya penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan berkesan, sekali gus berpotensi mempelbaga­ikan potensi diri mereka menerusi pelbagai aktiviti anjuran sekolah.

Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, di sini, Encik Azahar Nor Arifin Ahmad, berkata program diilhamkan Kementeria­n Pendidikan itu bertujuan memupuk kecintaan pelajar terhadap penggunaan bahasa kedua berkenaan di dalam dan luar bilik darjah.

Beliau berkata, program bertemakan Bahasa Inggeris Untuk Semua yang diterajui Panitia Bahasa Inggeris sekolahnya itu berupaya meningkatk­an kecemerlan­gan akademik pelajar secara lebih holistik.

Katanya, tidak mustahil untuk pelajar menguasai bahasa antarabang­sa itu dengan baik sekiranya mereka memiliki minat mendalam untuk menerokain­ya.

Hari komunikasi

“Sejak dilaksanak­an, pelajar lebih selesa bertutur dalam bahasa ini meskipun pada peringkat awalnya mereka kelihatan maluma lu untuk mencuba, namun, berbekalka­n dorongan guru serta rakan perasaan itu dapat diatasi.

“Kami sentiasa komited memacu kejayaan pelajar secara menyeluruh seperti menganjurk­an program membabitka­n media sosial, hiburan dan aplikasi terkini yang sudah pasti dekat dengan jiwa remaja,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Mengulas lebih lanjut, Encik Azahar berkata, hari Rabu dipilih sebagai hari berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris peringkat sekolah terutama dalam menggalakk­an penguasaan pelajar dalam setiap topik mata pelajaran itu.

 ??  ?? Encik Azahar (tengah) merasmikan Program HIP 2018 peringkat sekolah, baru-baru ini.
Encik Azahar (tengah) merasmikan Program HIP 2018 peringkat sekolah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia