Berita Harian

MSIG perkenal pelan insurans haiwan peliharaan

-

MSIG Insurance (M) Bhd memperkena­lkan tiga pelan insurans haiwan peliharaan dengan premium tahunan sebanyak RM200, RM350 dan RM500 bagi membolehka­n pemilik memilih yang terbaik bagi keperluan masingmasi­ng.

MSIG dalam satu kenyataan berkata, manfaat itu termasuk pembayaran semula bil veterinar dan iklan atau perbelanja­an ganjaran bagi haiwan peliharaan yang hilang.

Sekiranya kematian haiwan peliharaan disebabkan oleh kecederaan kemalangan atau sakit, pelan insurans itu juga membayar balik pemilik dengan harga pembelian atau yuran penerimaan.

“Insurans itu juga menyediaka­n perlindung­an pihak ketiga sekiranya haiwan peliharaan bertanggun­gjawab terhadap kerosakan atau kecederaan kepada pihak lain,” kata syarikat insurans itu.

Ada jaminan

Menurut syarikat itu, bagi haiwan peliharaan anjing, ia perlu berlesen dan bukan manamana baka yang disekat dan dilarang oleh kerajaan, pihak berkuasa awam atau tempatan untuk layak menerima perlindung­an insurans berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi MSIG Malaysia, Jennifer Hsu, berkata di Malaysia ketika ini pilihan insurans haiwan peliharaan adalah kurang.

“Kami berharap insurans haiwan peliharaan kami akan memberikan sedikit jaminan dan kelegaan kepada pemilik haiwan peliharaan sama seperti yang dirasai oleh pelanggan produk yang lain,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelan insurans itu boleh didapatkan di laman web MSIG di https://www.msig.com.my/personalin­surance/products/pet/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia