Berita Harian

AEON unjur sektor runcit pulih

Syarikat terus utama pengalaman beli-belah pelanggan

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Segmen peruncitan dijangka lebih kukuh tahun ini berbanding tahun sebelumnya berikutan asas ekonomi yang semakin baik.

Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd, Poh Ying Loo, berkata sejak dua tahun lalu, segmen peruncitan berdepan situasi sukar, namun tahun ini ia kembali rancak.

“Walaupun banyak pusat beli-belah baharu di Lembah Klang, kami yakin mampu meneruskan momentum pertumbuha­n positif dengan mengutamak­an pengalaman belibelah pelanggan.

“Ia termasuk menawarkan budaya membeli-belah mesra pelanggan dan menepati gaya hidup masa kini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaia­n hadiah Peraduan ‘Spot&win’ Ulang Tahun Ke-33 AEON di Kuala Lumpur, semalam.

Peraduan dengan kerja- sama Visa Malaysia yang diadakan dari 24 Ogos hingga 22 Oktober lalu mengumumka­n Lai Thin Theen sebagai pemenang utama dengan membawa pulang Honda BRV, baucar AEON bernilai RM3,300 dan mata keahlian AEON 33,000.

Buka cawangan di Kuching

Mengulas lanjut mengenai pengembang­an cawangan terbaru AEON, Ying Loo berkata, syarikat berkenaan dijangka membuka cawangan pertamanya di Kuching, Sarawak menjelang suku pertama tahun ini dengan nilai pelaburan lebih RM200 juta dalam usaha menembusi pasaran Sabah dan Sarawak.

“Kami melihat pasaran Sabah dan Sarawak secara keseluruha­nnya dan mengambil keputusan untuk membuka cawangan pertama di Kuching terlebih dahulu.

“Kami akan lihat dulu maklum balas pengguna dan menyaksika­n bagaimana seterusnya, kerana berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk meneroka pasaran di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sempena Tahun Baharu Cina, AEON mengadakan jualan hebat bermula 19 Januari hingga 18 Februari depan dengan potongan lebih 70 peratus.

Pelanggan juga berpeluang mendapatka­n patung AEON Wang Buddy istimewa dengan pembelian setiap RM30 dan ke atas.

 ??  ?? Ying Loo pada majlis penyampaia­n hadiah Peraduan ‘Spot&win’ Ulang Tahun Ke-33 AEON di Kuala Lumpur, semalam.
Ying Loo pada majlis penyampaia­n hadiah Peraduan ‘Spot&win’ Ulang Tahun Ke-33 AEON di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia