Berita Harian

BMW Malaysia catat rekod jualan tertinggi

- Oleh Azzman Abdul Jamal

BMW Group Malaysia mencatatka­n rekod jualan tertinggi di negara ini selepas menjual 12,681 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad sepanjang tahun lalu, meningkat 16 peratus berbanding 10,906 unit pada 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Han Sang Yun, berkata jenama BMW menyaksika­n pertumbuha­n sebanyak 18 peratus pada 2017 dengan jumlah penghantar­an keseluruha­n kenderaan mencecah 10,618 unit, berbanding 9,000 unit pada 2016.

Katanya, pertumbuha­n itu dipacu oleh model BMW 3 Series dengan 3,564 unit, yang mana 2,408 daripadany­a adalah BMW 330e dan BMW 3303 M Sport.

“BMW X5 xdrive40e juga menjadi penyumbang utama kepada prestasi jenama dengan lebih 3,000 unit dijual sepanjang tahun lalu. BMW 740Le xdrive yang diperkenal­kan pada separuh pertama 2016 pula dijual sebanyak 400 unit.

“Pelancaran sedan perniagaan sport paling progresif, BMW 5 Series pada separuh pertama 2017 juga memacu jualan BMW dengan lebih 1,600 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

MINI catat prestasi terbaik

Beliau berkata, MINI dilihat semakin kukuh apabila mencatat rekod prestasi terbaik pada 2017 dengan 1,010 unit berjaya dijual, gus menunjukka­n peningkata­n sebanyak 12 peratus berbanding 902 unit pada tahun sebelumnya.

“Pencapaian itu meletakkan MINI sebagai jenama kedua terpantas berkembang dalam segmen premium di Malaysia dan kini menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen berkenaan.

“BMW Motorrad pula menyerahka­n sebanyak 1,052 unit motosikal, mencatat pertumbuha­n lima peratus berbanding 1,004 unit pada tahun sebelumnya. Malah, 2017 turut menyaksika­n pengenalan kepada lima motosikal baharu iaitu BMW S100RR, R1200GS, K1600 GT, Bagger dan R ninet Urban Gs,” katanya.

Sang Yun berkata, pencapaian BMW di Malaysia turut sejajar dengan pertumbuha­n BMW Group pada peringkat global apabila syarikat pengeluar kereta premium itu mencatatka­n jualan tertinggi dengan jumlah penghantar­an keseluruha­n lebih 2.46 juta unit.

Penghantar­an pertama ke Vietnam, Filipina

“Jenama BMW menyaksika­n peningkata­n 4.2 peratus dengan jumlah keseluruha­n penyerahan 2.08 juta unit kenderaan.

“MINI mencatat rekod jualan baharu pada 2017 dengan penjualan 371,881 unit, naik 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala BMW Motorrad meningkat 13.2 peratus kepada 164,153 unit di seluruh dunia,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, BMW Group Malaysia akan memulakan penghantar­an BMW 3 Series, 5 Series dan 7 Series yang pertama ke Vietnam dan Filipina pada tahun ini.

“Bagi menyokong langkah terbabit, kilang pemasangan BMW di Kulim meningkatk­an keupayaan pengeluara­n kepada lebih 10,000 unit pada tahun lalu dengan pelaburan RM10 juta,” katanya yang turut menambah 2018 adalah tahun ke-15 BMW beroperasi di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? Han Sang Yun,
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia
Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia