Berita Harian

Bursa catat rekod tertinggi baharu

-

Saham Asia mencatat rekod tertinggi baharu, memadamkan kerugian sederhana pada awal dagangan, sementara euro kekal pada paras kemuncak tiga tahun berikutan peningkata­n jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah mengurangk­an rangsangan dasar monetari.

Niaga hadapan saham Eropah mendatar, di mana ia dijangka dibuka lebih tinggi. Niaga hadapan DAX naik 0.1 peratus dan niaga hadapan FTSE dan CAC masingmasi­ng naik 0.2 peratus.

Indeks meluas bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI naik 0.5 peratus, meneruskan rekod tertingi yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Bagaimanap­un, saham Australia susut 0.5 peratus, selepas pelombong ditekan oleh harga bijih timah China yang lemah.

Indeks bahan dan perlombong­an susut sehingga 0.8 peratus, dengan syarikat perlombong­an utama, BHP Billiton Ltd dan Rio Tinto Ltd masingmasi­ng susut lebih satu peratus.

Paras paling tinggi

Niaga hadapan bijih besi China meningkat selepas susut dua peratus pada Isnin, apabila stok komoditi pembuatan keluli di pelabuhan China melonjak ke paras paling tinggi sejak 2004.

Indeks saham Nikkei Jepun menokok satu peratus selepas mencecah paras tertinggi seharian sejak November 1991 selepas yen menyusut dengan harapan sentimen perolehan korporat kukuh.

“Penurunan yen terhadap dolar berakhir dan sentimen ini cerah serta harapan untuk keputusan kewangan suku tahun syarikat yang teguh,” kata Ahli Strategi Kanan Sumitomo Mitsui Asset Management, Masahiro Ichikawa.

Euro melonjak sedikit kepada AS$1.2270, yang dicapai pada Isnin iaitu AS$1.2296, puncak tertinggi sejak Disember 2014.

Euro mengukuh pada Isnin dan penanda aras hasil bon Jerman mencecah sesi tertinggi selepas Penaraf kadar Bank Pusat Eropah, Ardo Hansson, berkata bank pusat mungkin menamatkan skim pembelian bon selepas September jika ekonomi dan inflasi berkembang seperti diharapkan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Indeks saham Nikkei menokok satu peratus selepas mencecah paras tertinggi seharian sejak November 1991.
[ FOTO AFP ] Indeks saham Nikkei menokok satu peratus selepas mencecah paras tertinggi seharian sejak November 1991.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia