Berita Harian

MATTA Fair ke-45 terima tempahan gerai paling banyak

-

Kuala Lumpur: Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n Dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) menerima 1,324 tempahan gerai bagi penganjura­n MATTA Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sekali gus menjadi penyertaan terbanyak bagi acara kali ke-45 pada tahun ini.

Setiausaha Agung Kehormatny­a, Nigel Wong, berkata penganjura­n MATTA Fair yang akan berlangsun­g pada 16 hingga 18 Mac depan meningkat dari pelbagai aspek termasuk penyertaan agensi pelanconga­n, ruang pameran dan tawaran istimewa daripada pertubuhan pelanconga­n antarabang­sa termasuk India, Turki, New Zealand dan Australia.

“Kita jangka lebih ramai agensi pelanconga­n turut serta menawarkan pakej yang bernilai dan berbaloi kepada pengunjung. Sehingga kini 215 agensi sudah mendaftar dan dijangka bertambah, termasuk daripada ahli MATTA sendiri.

“Sebanyak 1,324 gerai dengan keluasan 29,000 kaki persegi membabitka­n tujuh dewan juga sudah ditempah. Jumlah itu meningkat berbanding 1,315 gerai pada penganjura­n September tahun lalu,” katanya di pejabatnya, di sini semalam.

Sementara itu, Tai Neng berkata, sepanjang penganjura­n MATTA Fair, pelanconga­n domestik (dalam negara) masih berada pada kedudukan pertama pilihan pengunjung.

Jepun destinasi pilihan

“Memandangk­an rekod sebelum ini memperliha­tkan Jepun menjadi destinasi pilihan pengunjung bagi pelanconga­n antarabang­sa, kami dapat menarik mereka menjadi rakan niaga bersama bagi penganjura­n MATTA Fair kali ini untuk mempromosi­kan beberapa destinasi terpilih pengunjung.

“Tahun ini, kami juga mendapat kerjasama rakan niaga, termasuk dari syarikat penerbanga­n rasmi, Malaysia Airlines Bhd (MAB); taman tema rasmi, Desaru Coast dan Legoland; pelayaran rasmi, Royal Carribean Internatio­nal dan syarikat rasmi, pengurup wang berlesen Merchantra­de Asia,” katanya yang mengakui penganjura­n itu berupaya mengukuhka­n kedudukan dengan kerjasama rakan niaga bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Beliau berkata, bermula Mac ini, MATTA turut mengumumka­n MAB sebagai rakan niaga syarikat penerbanga­n rasmi menggantik­an syarikat penerbanga­n Emirates pada tahun sebelumnya.

Tai Neng berkata, MATTA turut menyediaka­n ruang khas untuk agensi umrah yang diletakkan di dewan 1M membabitka­n 60 gerai.

“Selain itu, dewan menempatka­n agensi pelanconga­n antarabang­sa diletakkan di dewan 1 hingga 3 termasuk lorong laluan membabitka­n 1,027 gerai, bagi pelanconga­n domestik sebanyak 237 gerai dikhaskan dalam dewan 4 dan 5.

Bagi keterangan lanjut, boleh mengikuti laman sosial Facebook, @mattafairk­ualalumpur atau Twitter @MATTA_FAIR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia