Berita Harian

Yayasan Hasanah bantu 3,900 pelajar miskin

Program kembali ke sekolah ringan beban golongan B40

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Seramai 3,900 pelajar kurang berkemampu­an menerima bantuan kelengkapa­n sekolah bernilai RM800,000 menerusi program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Hasanah (Hasanah), yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Semua pelajar yang terpilih itu daripada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah) dari tujuh negeri iaitu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari, berkata program Kembali Ke Sekolah ini membantu meringanka­n beban keluarga yang perlu menyiapkan anak mereka untuk sesi persekolah­an baharu tahun ini.

“Kami berharap usaha ini mampu mencetuska­n impak positif untuk meningkatk­an motivasi pelajar memulakan sesi persekolah­an baharu dengan penuh bersemanga­t.

“Khazanah dan Hasanah giat menyokong pelbagai program berimpak sosial yang ditumpukan kepada golongan B40 di Malaysia dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2006,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tingkat pencapaian

Shahira berkata, secara kolektif, Khazanah dan Hasanah memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 pelajar dari 918 sekolah di seluruh Malaysia menerusi pelbagai program peningkata­n pencapaian pendidikan.

Antara pencapaian utama program berimpak sosial Hasanah yang ditumpukan kepada golongan B40 di Malaysia, termasuk Program Sekolah Amanah yang menjadi tunjang model transforma­si sekolah awam Hasanah pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Ia dilaksanak­an dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan dan Leaped Services Sdn Bhd.

Sementara itu, Yayasan AMIR, sebuah rakan kerjasama Hasanah sejak 2010 juga berjaya melaksanak­an Program Sekolah Amanah yang memberi manfaat kepada 62,761 pelajar dan 4,571 guru di 83 sekolah dari 10 negeri di Malaysia.

Biasiswa kepada pelajar cemerlang

Selain itu, Yayasan Khazanah yang ditubuhkan Khazanah pada 2006, menyediaka­n biasiswa bagi pelajar cemerlang untuk melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi terbaik di dalam dan luar negara bagi melahirkan bakal pemimpin negara.

Sejak 2006, sejumlah 752 biasiswa diberikan kepada pelajar terbaik dari seluruh negara.

Menerusi program sekolah angkatnya PINTAR Foundation, memberi fokus memupuk kecemerlan­gan akademik dan bukan akademik khususnya bagi pelajar di komuniti terpinggir di seluruh negara.

Tidak ketinggala­n, program khusus untuk masyarakat India dari golongan B40 merangkumi pelbagai aspek, termasuk program transforma­si holistik bagi belia berisiko yang kurang kecenderun­gan akademik menerusi Yayasan Myskills dan program Sekolah Tamil Integrasi Menyeluruh (CITS).

Ia berfungsi meningkatk­an prestasi akademik pelajar pada peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama rakan kerjasama Child Informatio­n, Learning & Developmen­t Centre (CHILD) dan program English for Juniors (E4J) bersama Educationa­l, Welfare & Research Foundation (EWRF).

Bantu pelajar India

Sejak tahun lalu, Hasanah berjaya membantu 1,340 pelajar India dari golongan B40 meningkatk­an hasil pencapaian pendidikan mereka.

Program pendidikan lain termasuk pendidikan STEM, pendidikan alam sekitar dan pendidikan seni membabitka­n 3,153 pelajar.

Ia dilakukan dengan kerjasama NGO seperti Associatio­n of Science, Technology & Innovation (ASTI), Treat Every Environmen­t Special (TREES), PINTAR Foundation-universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKKTB) dan Netcarbon.

 ??  ?? Yayasan Hasanah memberi bantuan kelengkapa­n sekolah bagi meringanka­n beban keluarga kurang berkemampu­an.
Yayasan Hasanah memberi bantuan kelengkapa­n sekolah bagi meringanka­n beban keluarga kurang berkemampu­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia