Berita Harian

DENGAR PESANAN OTAI

Susah atau senang, kumpulan Sevendays cuba kekal bersama

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Bergelar juara dalam sebuah program realiti, tahun lalu, tak pernah menjadikan kumpulan Sevendays besar kepala atau tidak lagi berpijak di bumi nyata.

Segala pesanan ‘otai’ dalam bidang muzik yang mereka temui ketika sama-sama mengadakan persembaha­n semuanya disemat dalam hati supaya perjalanan masing-masing di persada seni tidak tersasar.

Sebagai bakat yang masih hijau dalam industri, pastinya kumpulan yang dianggotai oleh Arul selaku vokalis, Boy (gitar), Manja (dram) dan Tuah (bes) ini memerlukan bimbingan daripada mereka yang berpengala­man bagi menghadapi apa saja cabaran mendatang.

Perlu tahu peranan

Berkongsi cerita dengan HIP selepas hampir lapan bulan menjadi artis, Boy atau nama sebenarnya Muhammad Yusri Ibrahim memberitah­u, peluang ‘bergesel bahu’ dengan bintang berpengala­man digunakan sebaik mungkin untuk mendapat nasihat dan bimbingan berguna.

Antaranya, bagaimana mahu mengelakka­n perpecahan seperti yang sering berlaku pada sesebuah band apabila nama masing-masing semakin dikenali.

“Dari segi pendekatan untuk mengelakka­n perpecahan, saya teringat pesanan abang Mus yang juga vokalis kumpulan May. Katanya, sebagai sebuah kumpulan, masing-masing kenalah tahu peranan mereka. Kami anggap perjalanan sebuah band ini seperti mahu pergi berperang.

“Kalau pergi seorang diri, mati pun seorang diri. Kalau pergi berempat, seorang tewas, masih ada tiga lagi yang boleh membantu. Bangun sama-sama, jatuh pun bersama,” katanya sambil memberi analogi ringkas.

Kumpulan ini hadir ke Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini bagi mempromosi­kan single sulung mereka berjudul Memori.

Yakin kesetiaan Arul

Jika diselak kembali sejarah pertelingk­ahan antara anggota kumpulan muzik sehingga berlakunya perpecahan, biasanya ia membabitka­n vokalis kerana mereka ini jugalah yang sering menjadi tumpuan. Lalu, ketika ditanya apakah mereka bersedia berdepan dengan kerenah sebegitu, Boy percaya Arul seorang yang setia dan takkan ‘berpaling tadah’.

“Sebelum menjadi vokalis, dia juga seorang pemuzik dan saya percaya, dia sangat memahami perasaan pemain muzik sepertinya. Saya percaya, dia tidak akan lupa diri,” katanya.

Mengakui pernah berdepan situasi tiada sefahaman dalam kalangan anggota, Boy berkata, mereka mengambil pendekatan berbincang supaya perselisih­an faham dapat diselesaik­an segera.

Enggan tular benda merepek

Fenomena tular bagaikan satu kemestian dalam industri hiburan ketika ini kerana jumlah pengikut di laman sosial sering menjadi ukuran populariti. Dunia lakonan ketika ini contohnya, dikatakan sudah menjadikan perkara itu sebagai kayu pengukur dalam menentukan tawaran kerja.

Apakah Sevendays juga terpaksa akur dengan formula itu demi mendaki carta populariti dan mencari sesuap nasi?

“Dalam hal ini, saya juga ingat pesanan artis senior. Buat kerja biar dengan ikhlas. Jangan kerana mahu cepat popular, kita sanggup mengetepik­an soal kualiti dalam hasil kerja.

“Bagi kami, kalau nak tular, biarlah kerana orang suka dengan muzik kami dan kualitinya. Bukan kerana buat benda merepek,” tegas Arul.

Imejikut diri masing-masing

Dari segi penampilan, Arul dan Tuah selesa berambut panjang, manakala Boy dan Manja, kemas dengan gaya rambut pendek. Diusik dengan pertanyaan apakah mereka sanggup memotong rambut atau membela rambut mereka supaya imej masing-masing nampak setara, jawapan yang diberikan cukup bernas.

“Soal imej dan penampilan, itu terpulang kepada masing-masing. Tiada paksaan buat kami semua berhubung hal itu.

“Imej tidak menggambar­kan muzik kami kerana apa yang lebih penting bagi kami ialah kualiti muzik yang dimainkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia