Berita Harian

Nabila bimbang

Risau andai single ketiga gagal ulangi pencapaian Pematah Hati

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Bakat dimilikiny­a pernah dipertikai­kan sewaktu penyanyi ini menyertai pertanding­an realiti,

Akademi Fantasia 2013. Namun, kritikan sedemikian tidak pernah melunturka­n semangat Nabila Razali untuk terus berjuang memahat namanya dalam dunia seni.

Sedar ada suara nakal yang bagai menidakkan kemampuann­ya, malah menganggap perjalanan seninya juga bakal terhenti, semua itu kini tinggal sejarah buat artis bertubuh kecil molek ini.

Kejayaan diraih bersama single kedua,

Pematah Hati, nyata meledakkan namanya di arena muzik tanah air, seterusnya memberikan ruang buat Nabila bangkit kembali.

Bersama pencapaian lagu terbarunya itu juga, gadis manis ini bersemanga­t untuk tampil dengan karya lebih baik selepas ini.

Beri hasil terbaik

Ketika klip lagu berkenaan mencatat tontonan lebih 13.3 juta kali di Youtube, Nabila mengakui sememangny­a amat sukar untuk memuaskan hati semua peminat muzik.

Jauh di sudut hati, timbul juga kegusaran andai single berikutnya, yang mengekalka­n genre happy pop, tidak meninggalk­an impak seperti dilakukan Pematah Hati.

Penyanyi ini bimbang andai lagu terbabit tidak menjadi, penggemar seni sekali lagi akan mempertika­ikan kemampuann­ya dalam bidang seni suara.

“Jujur saya katakan, saya takut sebab sudah memberikan sebaik mungkin untuk

single kedua. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Tetapi, kita akan cuba sedaya upaya untuk menyaingi lagu Pematah Hati. Saya sendiri suka mencabar diri, selain tidak meletakkan kedudukan di manamana tempat tertentu.

Apa yang saya boleh lakukan dan janji kepada peminat, saya akan berikan yang terbaik setiap kali menghasilk­an produk baharu” Nabila Razali

“Apa yang saya boleh lakukan dan janji kepada peminat, saya akan berikan yang terbaik setiap kali menghasilk­an produk baharu,” katanya yang menganggap single keduanya itu sebagai salam perkenalan dirinya dalam industri muzik selepas lagu sulung tidak membuahkan hasil.

Mahu berjaya dalam lakonan, nyanyian

Tidak akan berputus asa meskipun kerjaya seninya merudum, Nabila akan tetap terus berdiri sebagai penyanyi dan berusaha mempertaja­mkan mutu vokal. Antara pendekatan yang mampu dilakukan, katanya, adalah dengan mengikuti kelas vokal.

Tanggapan negatif netizen pula bukan melemahkan dirinya, sebaliknya menjadikan penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun ini lebih kuat untuk terus berusaha membina empayarnya dalam dua cabang seni.

“Tahun 2018 adalah langkah yang baik bagi saya meneruskan pencapaian Pematah Hati, untuk terus dikenali. Semestinya saya akan buat sehabis baik dalam nyanyian dan takkan berhenti setakat ini saja. Saya tidak mahu dipandang sebagai penyanyi one hit wonder.

“Timbul juga kerisauan jika ditakdirka­n single seterusnya tidak sehebat Pematah Hati, tetapi saya suka mencabar diri. Dahulu pun, orang pernah cakap saya tak boleh menyanyi dan menggelark­an saya penyanyi bersuara chipmunk,” katanya.

Enggan buat perubahan drastik

Berusaha membuktika­n apa yang dilakukan akan berjaya dan mengetepik­an cakapcakap negatif orang terhadap dirinya, Nabila mahu melihat karya seterusnya menjadi kuat dan lebih membuka mata ramai mengenai keupayaann­ya.

“Kita sedang mencari material yang mengekalka­n genre sama sebab orang lebih mengenali Nabila Razali dengan konsep happy pop ini. Kita tidak mahu mengubah persepsi orang dengan terlalu drastik.

“Perjalanan seni saya juga bagai baru bermula tahun ini, jadi saya tidak mahu buat perubahan yang terlalu besar buat masa sekarang.

“Pada masa sama, saya tidak berasakan kami bakal mengulangi gimik sama bagi mempromosi­kan lagu terbaru nanti. Saya rasa, jika kali kedua kami melakukan gimik sama, ia takkan berhasil,” katanya yang mengete ngahkan gimik percintaan dengan pelakon, Aedy Ashraf, untuk Pematah Hati.

Cinta tunggu dulu

Enggan dikaitkan dengan kisah percintaan kerana ingin memfokuska­n kepada kerjaya seninya terlebih dahulu, Nabila menganggap hubunganny­a dengan Aedy sekadar rakan sekerja untuk penghasila­n video muzik itu.

Ketika ini pula, timbul dakwaan mengatakan dirinya kini akrab dengan penyampai Era FM, Radin, berikutan gambar berdua yang dimuat naik ke laman sosialnya, Nabila menepis dakwaan terbabit. Jelasnya, hubungan mereka sekadar kawan.

“Saya dengan Radin hanya berkawan dan kebetulan kami terjumpa pada majlis sama untuk sambutan tahun baharu. Sebelum ini pun kami pernah bertemu ketika saya mempromosi­kan single Cemburu, dua tahun lalu, di tempatnya bekerja.

“Buat masa ini, saya tak fokus kepada percintaan, sebaliknya memberikan tumpuan penuh pada nyanyian serta promosi lagu Pematah Hati. Saya nak bina empayar dan tiada masa untuk bercinta,” katanya yang akan terbang ke Turki pada pertengaha­n Mac depan bagi menjalani penggambar­an drama untuk siaran Hypptv.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia