Berita Harian

Warga tua alami sindrom kesunyian

Nilai kekeluarga­an perlu dipupuk awal erat hubungan ibu bapa, anak

- Oleh Saadiah Ismail

Hampir 50 peratus warga tua di Pantai Timur berhadapan dengan sindrom kesunyian kerana tinggal bersendiri­an, berikutan penghijrah­an anak ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) 2014, menunjukka­n Kelantan mencatatka­n jumlah warga tua kesunyian sebanyak 45 peratus, Kedah (44.8 peratus), Sabah dan Labuan (43.6 peratus) dan Sarawak (40.3 peratus).

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, berkata situasi tidak mencermink­an kualiti hubungan kekeluarga­an yang positif dan boleh mengundang kerenggang­an.

Perkenal modul baharu

Katanya, bimbang keadaan berlarutan, LPPKN menyediaka­n Modul Keibubapaa­n Datuk Nenek supaya anak dan ibu bapa saling berperanan untuk membentuk sistem kekeluarga­an yang baik.

Justeru, LPPKN menyediaka­n kaedah untuk mengatasi situasi berkenaan agar jurang kedua-dua generasi dapat dirapatkan.

“Bengkel kejurulati­han akan dikendalik­an oleh empat pakar rujuk modul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penuaan Malaysia dan Persatuan Gerontolog­i Malaysia.

“Kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat menjadi penceramah dan fasilitato­r dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk program perintis itu demi kepentinga­n generasi akan datang.

“Tidak dinafikan orang muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan, manakala ibu bapa tinggal di kampung.

“Nilai kekeluarga­an jika tidak ‘diasah’ dari awal lagi, tidak mustahil wujud jurang yang besar antara generasi tua dan muda.

“Kita bimbang berlaku keruntuhan moral dan akhlak kepada generasi akan datang disebabkan oleh nilai dan tradisi yang baik daripada orang tua tidak diturunkan kepada mereka,” katanya.

Abdul Shukur berkata, pelbagai pihak khususnya anak perlu mengambil berat berkaitan isu ini bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada ibu bapa.

“Kita tidak mahu generasi muda kurang menghormat­i orang tua, walhal nilai murni diperoleh daripada orang tua kita sendiri.

“Jangan anggap ia perkara mudah, kerana suatu hari nanti kita akan merasai kesannya jika tidak berubah dari sekarang,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Program kekeluarga­an mampu merapatkan hubungan antara ahli keluarga.
[FOTO HIASAN] Program kekeluarga­an mampu merapatkan hubungan antara ahli keluarga.
 ??  ?? Abdul Shukur Abdullah
Abdul Shukur Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia