Berita Harian

Berlaku adil pada diri, orang lain

-

Islam sangat memerhatik­an keadilan ditegakkan kerana ia adalah dasar dan peraturan kepada kekuasaan seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan.” (Surah an-nahl, ayat 90) Termasuk dalam keadilan adalah mengajak kepada ketaatan dan mendorong untuk mewujudkan perasaan kasih sayang, berusaha memakmurka­n negara, membangun ekonomi dengan prinsip keadilan. Justeru, tidak boleh ada ruang kepada perkara yang merosakkan keadilan.

Pujangga berkata, “Keadilan adalah timbangan (neraca) Allah yang ditetapkan-nya untuk makhluk dan digunakan untuk (memelihara) kebenaran. Kamu janganlah menyalahgu­nakan keadilan dalam timbangan Allah, jangan pula menentang keadilan dalam kekuasaan-nya. (Oleh itu) minta tolonglah untuk menegakkan keadilan dengan cara mengelak tamak dan memperbany­akkan sikap warak.”

Adil pada diri

Bersikap adil kepada diri sendiri direalisas­ikan dalam bentuk memelihara kemaslahat­an dan mencegah perbuatan tercela. Hendaklah menjaga akidah serta ikhlas mematuhi ajaran agama Islam semata-mata kerana Allah SWT.

Gambaran lain daripada sikap adil kepada diri sendiri adalah memiliki akhlak mulia, melatih jiwa dan baik dalam pergaulan sesama manusia.

Bertaubat kepada Allah SWT juga ciri orang adil kerana memperbaik­i diri menunjukka­n kesungguha­n seseorang berlaku adik kepada dirinya. Ia juga mendidik diri adil kepada orang lain sebagaiman­a dia adil dengan dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia