Berita Harian

Pemilihan calon sesuai bukan perkara enteng

Pengarang mesti konsisten berkarya, beri sumbangan besar dalam penyebaran ilmu

- Oleh Siti Haliza Yusop

Penganuger­ahan Sasterawan Negara (SN) melalui Anugerah Sastera Negara (ASN) bukanlah sesuatu yang enteng, justeru pencalonan­nya perlu dipastikan untuk diberikan kepada pengarang yang benar-benar layak.

Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah, berkata sebagai pencalon, peranan persatuan penulis termasuk PPJ tidak sekadar mendokumen­tasi karya pengarang, sebaliknya memastikan nama yang dicalonkan adalah pengarang yang wajar menerima gelaran itu.

Beliau berkata, pencalonan itu bukan setakat membawa imej pengarang, malah imej pihak yang mengetenga­hkan pencalonan itu.

“SN ialah gelaran tertinggi buat pengarang yang memberi sumbangan besar pengembang­an sastera dan penyebaran ilmu kepada masyarakat melalui penulisan yang dihasilkan sepanjang kepengaran­gannya.

Gelaran sehingga akhir hayat

“Gelaran SN ini akan menjadi gelaran di hadapan nama mereka dan dibawa sehingga akhir hayat pengarang, justeru penting mereka yang dicalonkan berupaya memegang tanggungja­wab itu.

“Ketidakupa­yaan pengarang itu bukan saja akan memberi kesan kepada mereka malah persatuan penulis yang mencalonka­n pengarang tersebut,” katanya kepada Sastera & Budaya BH di sini, semalam.

Belum kemuka calon

Meskipun negara tidak kekurangan pengarang hebat, sehingga kini masih tidak kedengaran khabar mengenai pengarang seterusnya yang akan diangkat sebagai SN selepas kali terakhir Datuk Dr Zurinah Hassan dinobat sebagai SN Ke-13 seperti dilaporkan Sastera & Budaya, Khamis lalu.

Amiruddin berkata, disebabkan itu PPJ yang sebelum ini pernah mencalonka­n nama pengarang untuk ASN, belum lagi mengemukak­an pencalonan bagi penganuger­ahan itu sehingga ada pengarang yang dirasakan benar-benar layak.

“Kita mempunyai beberapa pengarang yang layak tetapi perlu diingat kelayakan mendapat gelaran itu juga bergantung kepada pengarang yang konsisten berkarya dan jika tidak, mereka tidak boleh dicalonkan,” katanya,

Sementara itu, Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata badan itu membuat keputusan tidak akan mengemukak­an pencalonan untuk penerima anugerah SN sebaliknya menyerahka­nnya kepada badan kerabat di setiap negeri.

“Badan penulis berhak untuk mencalonka­n penulis dari dalam kalangan ahli persatuan masingmasi­ng untuk dicalonkan menerima anugerah berprestij ini.

“GAPENA tidak mahu terikat dengan persepsi ‘calon GAPENA’, sekali gus menidakkan pencalonan daripada persatuan penulis lain termasuk oleh ahli gabungan.

“Adalah tidak wajar GAPENA yang dianggotai 22 persatuan penulis turut mencalonka­n individu tertentu; sedangkan badan kerabat juga turut berbuat demikian,” katanya.

SN ialah gelaran tertinggi buat pengarang yang memberi sumbangan besar pengembang­an sastera dan penyebaran ilmu kepada masyarakat melalui penulisan yang dihasilkan sepanjang kepengaran­gannya” Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia