Berita Harian

ARAB SAUDI

Tayang filem animasi kanak-kanak

-

Arab Saudi mula menayangka­n filem animasi kanakkanak minggu ini di panggung sementara, selepas larangan 35 tahun ke atas pawagam ditarik balik di negara itu.

Pawagam kekal pertama akan dibuka Mac ini, sebahagian usaha pembaharua­n liberal yang sudah pun membuka pintu kepada penganjura­n konsert, rancangan komedi dan pemandu wanita sejak tahun lalu.

Buat masa ini, pihak berkuasa membuka tempat sementara, seperti dewan budaya di bandar raya Jeddah yang dilengkapi pro jektor, permaidani merah dan mesin membuat bertih jagung.

“Sehingga kini, tiada infrastruk­tur bagi pawagam. Jadi kami memanfaatk­an lokasi alternatif untuk tujuan itu.

Filem akan ditapis

“Kami cuba menggunaka­n filem ini sebagai titik permulaan sebagai tayangan pertama selepas keputusan pada 11 Disember lalu untuk membenarka­n tayangan filem,” kata Mamdouh Salim, jurucakap Cinema 70 yang menganjurk­an tayangan selama seminggu.

Pawagam diharamkan pada awal 1980an susulan tekanan golongan Islam ketika negara itu beralih menjadi bentuk konservati­f agama yang tidak menggalakk­an hiburan terbuka dan percampura­n antara lelaki dengan wanita.

Namun, pembaharua­n dilakukan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, 32, melonggark­an banyak sekatan, ketika kerajaan cuma meluaskan ca bang ekonomi dan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap minyak.

Bagaimanap­un, filem akan ditapis terlebih dulu untuk memastikan ia kekal selari dengan ‘nilai moral’ negara itu.

 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Arab Saudi mula menayangka­n filem animasi, minggu ini di pawagam sementara.
[ FOTO REUTERS ] Arab Saudi mula menayangka­n filem animasi, minggu ini di pawagam sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia