Berita Harian

PBB tuntut Myanmar lebih telus

Pelarian harus diberitahu situasi di Rakhine sebelum kembali secara sukarela

- Cox’s Bazar

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) jelas mahu komuniti global memberi perhatian kepada pelarian Rohingya ketika proses penghantar­an pulang mereka ke Myanmar difahamkan mengambil masa dua tahun.

Pertubuhan berkenaan menyuaraka­n etnik minoriti yang kini berada di Bangladesh harus dimaklumka­n mengenai situasi di Rakhine sebelum mereka dibenarkan kembali secara sukarela dan berada dalam keadaan selamat.

Semalam, kerajaan Bangladesh memberitah­u ia akan melengkapk­an proses penghantar­an pulang dalam tempoh dua tahun membabitka­n ratusan ribu warga Rohingya selepas perbincang­an dengan negara jiran itu.

“Halangan utama harus dilepasi,” kata jurucakap Pesuruhjay­a Tinggi PBB Mengenai Pelarian, Andrej Mahecic, semalam.

“Ini termasuk memastikan mereka diberitahu mengenai situasi di kawasan asal mereka. Pelarian juga harus diajak berunding dan mengikut kemahuan mereka, begitu juga isu keselamata­n mendapat keutamaan.”

Terima 1,500 pelarian setiap minggu

Myanmar bersetuju menerima 1,500 Rohingya setiap minggu atau purata 300 orang.

Apa pun, rancangan penghantar­an pulang dua hala yang mana Myanmar berkata ia akan dimulakan Selasa depan, mendapat sambutan dingin dari Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyatakan ia tidak menjawab persoalan penuh mengenai keselamata­n, mata pencarian dan kediaman tetap etnik Rohingya.

Satu kenyataan dari Kementeria­n Luar Bangladesh berkata, usaha pemulangan itu membayangk­an ‘mempertimb­angkan sebuah keluarga sebagai satu unit’ yang mana Myanmar menyediaka­n penempatan sementara bagi mereka yang pulang sebelum rumah dibina semula.

Katanya lagi, Bangladesh akan membina lima kem transit bagi menghantar pulang etnik Rohingya ke dua pusat penerima di sempadan Myanmar.

“Myanmar mengulangi komitmenny­a untuk menghentik­an penduduk Myanmar keluar menuju ke Bangladesh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia