Berita Harian

Valencia, Martial, Lukaku buat Stoke merana

-

Manchester: Manchester United melupakan seketika usaha mendapatka­n penyerang Arsenal, Alexis Sanchez dengan mengetepik­an Stoke City, 30 di Old Trafford, kelmarin.

Antonio Valencia dan Anthony Martial meledak jaringan di babak pertama manakala Romelu Lukaku menambah kelebihan selepas rehat ketika Jose Mourinho akhirnya berjaya menundukka­n Stoke selepas empat kali mencuba.

Tetapi persembaha­n anak buahnya selain terlepas beberapa peluang menjaringk­an gol menguatkan lagi andaian bahawa Mourinho sangat memerlukan Sanchez walaupun sudah ketinggala­n 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

United percaya mereka sudah memenangi saingan mendapatka­n pemain antarabang­sa Chile itu yang bakal menamatkan kontraknya bersama Arsenal hujung musim ini apatah lagi selepas City memaklumka­n mereka tidak lagi berminat dengan pemain itu yang menuntut gaji di luar jangkaan.

Perdaya pertahanan

Pengurus Stoke, Paul Lambert yang dilantik beberapa jam sebelum perlawanan, hanya menyaksika­n pertembung­an dari tempat duduk penonton dan beliau pastinya tidak terkejut melihat Valencia memberikan pendahulua­n buat tuan rumah.

Pemain pertahanan kanan itu menerima hantaran Paul Pogba sebelum memperdaya­kan pertahanan pelawat, Joshua Tymon untuk meledak gol pertama.

Tymon juga wajar dipersalah­kan untuk gol kedua United yang hadir pada minit ke38 apabila melepaskan bola kepada Lukaku sebelum bekas pemain Everton itu membuat hantaran kepada Pogba.

Pemain tengah Perancis itu menolak bola kepada Martial yang tidak dikawal dan rakan senegarany­a itu melepaskan rembatan ke penjuru gawang pelawat untuk gol kedua.

Lukaku menambah luka pelawat pada minit ke72 menerusi rembatan dari jarak 15 ela. AFP

 ??  ?? Anthony Martial
Anthony Martial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia