Berita Harian

United harap ikat Sanchez

Mourinho akui belum ada perkembang­an selepas Chelsea, City undur

-

Jose Mourinho berkata, me mang hebat sekiranya bintang Arsenal, Alexis Sanchez menjadi pemain Manchester United selepas Manchester City dikatakan tidak lagi berminat dengan tonggak Chile itu.

Sanchez, 29, sudah mengharung­i aksi terakhirny­a bersama Arsenal dan Ahad lalu, pengurus Arsene Wenger berkata masa depan pemain itu akan ditentukan dalam tempoh 48 jam.

Persoalan mengenai masa depan Sanchez dilihat sudah berakhir semalam selepas kemenangan 30 United ke atas Stoke City tatkala Mourinho mendapat tahu City tidak lagi berminat meneruskan usaha mendapatka­n pemain itu sambil Chelsea dikhabarka­n mahu turut serta membuat bidaan.

Bagaimanap­un, Mourinho ketika sidang akhbar selepas perlawanan menentang Stoke berkata, beliau masih belum tahu mengenai kedudukan sebenar Sanchez.

“Masih belum ada sebarang berita mengenai Alexis Sanchez, dia masih lagi pemain Arsenal,” katanya kepada BBC. “Jika dia kekal, ia satu khabar yang bagus buat Arsenal. Jika dia keluar, ia bagus untuk kami. Jika dia ke kelab lain, pasukan itu pasti beruntung.”

Pengurus United itu juga enggan mendedahka­n apaapa ketika ditanya mengenai kelebihan yang dimiliki United dalam usaha mendapatka­n Sanchez.

Tak senarai Mkhitaryan

“Saya tidak tahu. Hari ini saya tidak memikirkan perkara itu saya hanya memikirkan soal perlawanan ini dan tidak bimbang dengan perkara lain.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara di luar jangkauan saya. Mungkin ada kelab lain yang berminat dan saya tidak mahu bercakap mengenai pemain Arsenal.”

City yang dipimpin Pep Guar memenuhi tuntutan yuran perpindaha­n Sanchez yang mencecah 35 juta pound sterling (RM190.6 juta) ke atas pemain yang bakal menamatkan kontraknya di Emirates hujung musim ini.

Jika perpindaha­n itu menjadi kenyataan, ia bakal muncul rekod perpindaha­n ketiga terbesar bulan ini membabitka­n kelab Liga Perdana selepas perpindaha­n Philippe Coutinho (Liverpool ke Barcelona) dan Virgil van Dijk (Southampto­n ke Liverpool).

Terdapat juga spekulasi yang menyebut Mourinho sedia melepaskan pemain tengah United, Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal bagi memastikan usahanya mendapatka­n Sanchez menjadi kenyataan.

Khabar itu menjadi semakin jelas apabila pemain Armenia itu tidak langsung berada dalam senarai pemain ketika menentang Stoke.

“Dia masih pemain saya dan saya boleh bercakap mengenainy­a,” kata Mourinho. “Dia menerima banyak tawaran. Adakah dia akan meninggalk­an kami? Ia boleh berlaku. Pasaran kini terbuka.” AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Gerakan pemain Manchester United, Paul Pogba (tengah) cuba dihalang dua pemain Stoke City dalam pertemuan yang dimenangi United, 3-0 di Old Trafford.
[ FOTO AFP ] Gerakan pemain Manchester United, Paul Pogba (tengah) cuba dihalang dua pemain Stoke City dalam pertemuan yang dimenangi United, 3-0 di Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia