Berita Harian

Mahrez dianggar bernilai RM544.6 juta

-

London: Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez mungkin bernilai lebih daripada 100 juta pound sterling (RM544.6 juta) jika dia meninggalk­an Leicester City pada akhir musim ini, kata pengurus skuad The Foxes, Claude Puel.

“Ia satu spekulasi dan kami tidak boleh membalas semua spekulasi itu dengan maklumat,” kata Puel pada sidang media kelmarin.

“Mungkin pada musim panas ini, nilainya lebih dari pada 100 juta pound sterling. Riyad juga berdepan situasi sama.

“Ini semua khabar angin, spekulasi membabitka­nnya dan pemain lain,” kata Puel mengenai Mahrez, salah seorang bintang Leicester yang mencipta kejutan dengan menjulang Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16.

“Kita boleh lihat Riyad tersenyum dan menikmati bola sepak bersama rakan sepasukan, begitu juga ketika lati han. Selepas sesi latihan, dia terus bermain dan saya mahu dia mendapat lebih rehat.

Bidaan Roma

“Semua khabar angin dan spe si mengenai Riyad ini, adakah wartawan mahu dia meninggalk­an kelab?”

Mahrez bagaimanap­un per nah diminta meninggalk­an kelab Midlands itu ketika pramusim. Namun hanya Roma yang membuat bidaan serius, bagaimanap­un jumlah 32 juta pound (RM174.4 juta) belum cukup meyakinkan Leicester untuk menjualnya.

Perkembang­an terbaru membayangk­an kelab bersedia membuat pelaburan lebih untuk pemain apabila bintang Belanda Virgil van Dijk menyertai Liverpool dari satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Southampto­n pada harga 75 juta pound (RM409.1 juta) awal bulan ini rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia