Berita Harian

Joo Ven lakar kejutan

Benam Sony untuk mara ke undian utama lawan Leverdez

- Oleh Helmi Talkah

Tercabar dengan peningkata­n ditunjukka­n pemain muda, Soong Joo Ven ber ekad menunjukka­n dirinya juga berupaya menyerlah dalam saingan Masters Malaysia yang disifatkan medan terbaik membuktika­n kemampuan.

Pemain perseorang­an itu membuktika­n kemampuan apabila melakar kejutan dengan mengesahka­n tempat ke undian utama kejohanan berkenaan apabila menewaskan pemain berpengala­man dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 2119, 2110 dalam aksi kedua pusingan kelayakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Sebelum itu, dia memperoleh kemenangan percuma ke atas Fikri Ihsandi Hadmadi dari Indonesia yang menarik diri di set kedua kerana kecederaan. Pada set pertama Joo Ven menang 2110.

Ini kali kedua Joo Ven yang menghuni ranking ke66 dunia, berjaya melepasi pusingan kelayakan kejohanan bertaraf Siri Super selepas kali pertama pada Terbuka Malaysia 2016.

Agak perlahan

“Sony seorang pemain yang berpengala­man tetapi disebabkan usianya yang sudah meningkat, jadi pergerakan­nya agak perlahan. Jadi, saya ambil peluang daripada kelemahan dia untuk mengatur serangan.

“Ini kali kedua saya layak ke undian utama Siri Super. Jadi, saya gembira kerana memang saya mahu buktikan sesuatu di sini, memandangk­an pemain muda kita dan negara lain sudah banyak peningkata­n.

“Saya mahu buktikan saya mampu menjadi seperti mereka tetapi saya perlu terus bekerja keras,” kata Joo Ven ketika ditemui selepas perlawanan.

Pemain berusia 22 tahun itu akan menentang pemain Perancis, Brice Leverdez lawan yang menumbangk­an Datuk Lee Chong Wei pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2017 dalam aksi pusingan pertama, hari ini.

“Brice lawan yang sukar dan diharapkan tuah memihak kepada saya. Saya janji akan berikan yang terbaik selain mengharapk­an sokongan peminat untuk hadir ke stadium memberi sokongan,” katanya.

Turut mara ke undian utama ialah perseorang­an lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin; perseorang­an wanita, Lim Yin Fun; beregu lelaki, Aaron Chiasoh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jiecheah Yee See.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Joo Ven menewaskan Sony pada aksi kedua pusingan kelayakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Joo Ven menewaskan Sony pada aksi kedua pusingan kelayakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia