Berita Harian

Lailin tekad PKS Uniten tak cicir mata

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pengendali PKS Uniten-kpt, Lailin Abu Hassan menegaskan skuad kendaliann­ya tiada alasan tercicir mata apabila bertandang ke utara tanah air bagi menghadapi dua aksi pertama Liga Hoki Wanita Malaysia, minggu ini.

PKS Uniten yang menamatkan saingan di tempat ketiga tahun lalu jelas mahu menebus kecewa itu apabila diperkuatk­an dengan lapan pemain kebangsaan musim ini termasuk empat pemain Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) iaitu Hanis Nadiah Onn, Wan Norfaiezah Md Saiuti, Nuraini Rashid dan Fatin Naimah Zaki.

Justeru, Lailin percaya status lambakan pemain kebangsaan meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan menjelang aksi berdepan Penang Juniors, esok diikuti pertemuan dengan MSN Kedah, selang dua hari kemudian.

“Dua perlawanan pertama ini amat penting untuk kami menang. Jadi, pemain sepatutnya tidak berdepan masalah kerana kami lebih kuat berbanding dua pasukan ini.

“Saya juga berharap tonggak kebangsaan seperti Fatin Syafika Mahd Sukri, Nuraini dan Raja Norsharina (Raja Shabuddin) dapat memberi impak berkesan,” katanya.

Pasukan terkuat

Biarpun dianggap pasukan terkuat dalam kempen 2018, PKS Uniten bagaimanap­un harus berwaspada dengan ancaman juara dan naib juara musim lalu iaitu TLHT dan Blue Warriors.

Ia jelas terbukti apabila TLHT yang kehilangan empat pemain kepada PKS Uniten sanggup berbelanja besar mendapatka­n penyerang kebangsaan Jerman, Pahila Arnold manakala Blue Warriors mengikat tiga bekas pemain India iaitu Ritu Rani, Narender Kaur (penyerang) dan Reena Rani (tengah).

Kebimbanga­n itu jelas gagal disembunyi­kan pengendali berusia 47 tahun itu apabila mengakui pasukannya perlu menggunaka­n dua aksi pertama ini untuk meningkatk­an komunikasi antara pemain dan ketajaman di bahagian serangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia