Berita Harian

Red Giants dilarang guna Stadium Nasional

- Oleh Devinder Singh

Hajat pasukan Liga Super, Selangor menjadikan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi musim ini tidak kesampaian selepas ia tidak boleh digunakan.

Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 90,000 penonton dalam satu masa itu dikatakan padat dengan aktiviti sepanjang tahun termasuk menjadi gelanggang Kejohanan Ragbi Asia.

Perkembang­an berkenaan sekali memaksa skuad The Red Giants kini perlu mencari mencari gelanggang lain sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) 2018 menyingkap tirainya pada 3 Februari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penganjur Liga M, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak bersetuju Selangor menggunaka­n stadium itu sepanjang tahun.

Bermain di Stadium Selayang

“Kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan stadium dan FMLLP sudah berusaha untuk bekerjasam­a bagi mengkaji perkara ini, tetapi mustahil untuk memberi jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook FAM, semalam.

“Pihak pengurusan stadium juga mengesahka­n empat daripada enam perlawanan pertama Selangor sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsung­kan di stadium tersebut.

“Jadi, mungkin lebih banyak lagi pindaan jika pasukan bola sepak kebangsaan atau acara antarabang­sa membuat permintaan untuk menggunaka­n stadium nasional tersebut.”

Berikutan itu, bagi mengelakka­n perubahan jadual pertanding­an yang lewat, Selangor dinasihatk­an supaya bermain di Stadium Selayang biarpun perlawanan bakal berlangsun­g di sebelah petang.

“Jika terdapat perubahan jadual pertanding­an berpunca dari isu ini, sudah tentu FMLLP akan dipersalah­kan dan kita tidak bergerak seiringan ke arah penjaduala­n yang lebih stabil seperti yang saya arahkan kepada pengurusan FMLLP,” kata Tunku Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia